Harian Metro

Drebar teksi berhati mulia

-

Kota Bharu: “Apa yang saya lakukan ini untuk saham akhirat, selain membantu pengunjung masjid bersolat menggunaka­n pakaian bersih,” kata pengusaha kedai dobi, Mohd Sufian Mat, 26, yang mengambil inisiatif sendiri mencuci pakaian solat di masjid dan surau secara percuma.

Beliau mengusahak­an kedai dobi di Lembah Sireh sejak dua tahun lalu menjalanka­n perkhidmat­an cucian percuma sejak awal tahun ini.

“Saya terpanggil membuat amal kebajikan ini apabila singgah di sebuah masjid di Kota Bharu selepas mendapati kain pelekat yang disediakan berbau dan tidak selesa dipakai untuk menunaikan solat.

“Memandangk­an saya mengusahak­an kedai dobi, tanpa berfikir panjang saya membuat keputusan menyediaka­n perkhidmat­an cucian percuma,” katanya di premisnya iaitu I.S.A. Laundry, di sini, baru-baru ini.

Mohd Sufian berkata, sejak itu beliau mula ke masjid dan surau di sekitar Kota Bharu untuk mengumpulk­an pakaian solat termasuk telekung wanita, kain pelikat dan sejadah untuk dibasuh di premisnya.

“Saya berbincang dengan pengurusan di stesen bas serta pasar raya berhampira­n untuk menyediaka­n perkhidmat­an itu secara percuma.

“Pada masa sama, saya turut menghebahk­an menerusi laman sosial sejak beberapa bulan lalu meminta orang ramai menghantar pakaian solat yang kotor dari masjid dan surau untuk dicuci,” katanya.

Menyifatka­n aktiviti itu sebagai amal jariahnya, bapa kepada seorang cahaya mata itu berkata, sebelum ini dia membuat perkara sama dengan menjual plastik kepada pelanggan kedainya dengan sebahagian jualan dimasukkan ke tabung masjid.

“Mulai tahun hadapan saya mengenakan caj RM2 untuk pelanggan yang meminta kami mencuci pakaian mereka dan caj itu akan dibahagi dua yang separuhnya dimasukkan ke tabung masjid,” katanya.

 ??  ?? MOHD Sufian memasukkan pakaian kotor ke dalam mesin dobi di kedainya.
MOHD Sufian memasukkan pakaian kotor ke dalam mesin dobi di kedainya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia