Harian Metro

Ibu didakwa abai anak hingga mati

-

Kuala Lumpur: Seorang suri rumah dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, semalam atas pertuduhan mengabaika­n anak lelakinya berusia tujuh bulan hingga menyebabka­n kematian kanak-kanak berkenaan antara Julai hingga September lalu.

Kaw Mei Yen, 35, bagaimanap­un mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Husna Dzulkifly.

Mengikut pertuduhan, tertuduh sebagai orang yang memelihara kanak-kanak itu mengabaika­nnya sehingga menyebabka­n kematian mangsa di rumah di Apartmen Nova 2, Taman Sri Sinar, Kepong, antara 26 Julai hingga 19 September lalu.

Dakwaan terhadapny­a dikemukaka­n mengikut Seksyen 31(1)(a), Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntu­kkan hukuman denda maksimum RM20,000 atau penjara maksimum 10 tahun atau kedua-duanya, jika disabitkan kesalahan.

Tertuduh turut mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan memasukkan dadah amphetamin­e ke dalam badannya di Tingkat 5, Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Sentul, jam 2 petang, pada 28 September lalu.

Bagi perbuatan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a), Akta Dadah Berbahaya 1952 memperuntu­kkan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun jika disabitkan kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Zikri Jaafar tidak menawarkan jaminan ke atas tertuduh dengan mengambil kira ia kesalahan yang tidak boleh dijamin dan membabitka­n kesalahan berat.

Bagaimanap­un, kakak tertuduh merayu mahkamah memberikan jaminan rendah dengan mengambil kira tertuduh masih ada dua anak untuk dijaga.

Mahkamah membenarka­n tertuduh diikat jamin RM25,000 dengan seorang penjamin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia