Harian Metro

16 kontena hangus akibat kerja pelupusan

-

api merebak dengan pantas.

“Selepas melihat kebakaran merebak ke kontena bersebelah­an dan usaha kami tidak membantu, penyelia bertugas kemudian menghubung­i talian kecemasan bagi mendapatka­n bantuan bomba. “Kebiasaann­ya kontena mahu dilupuskan dipotong kepada beberapa bahagian, dikumpul setempat sebelum dibakar, saya pelik kenapa pekerja terbabit terus membakarny­a tanpa mengikut SOP,” katanya ketika ditemui.

Menurutnya, kejadian menyebabka­n 16 kontena musnah 100 peratus, namun kebakaran berjaya dikawal pihak bomba daripada merebak ke 40 lagi kontena dijadualka­n dilupus secara berperingk­at.

Sementara itu Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Masjid Tanah Pegawai Bomba Kanan II Ismail Iskandar Shah Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 10.04 pagi dan tiba di lokasi lapan minit kemudian.

“Operasi pemadaman turut dibantu anggota bersama jentera dari BBP Ayer Keroh dan Jasin Bestari, kebakaran tidak membabitka­n kemalangan jiwa, punca sebenar kejadian masih dalam siasatan,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? ANGGOTA bomba mengawal api kontena yang terbakar di Jalan Air Hitam, Ayer Hitam Darat, Masjid Tanah, semalam. Gambar kecil, sebahagian kontena yang musnah.
ANGGOTA bomba mengawal api kontena yang terbakar di Jalan Air Hitam, Ayer Hitam Darat, Masjid Tanah, semalam. Gambar kecil, sebahagian kontena yang musnah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia