Harian Metro

Kes Anwar selesai secara baik

-

Kuala Lumpur: Kes saman antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Utusan Melayu (M) Berhad (UMMB) dan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak berhubung isu penceroboh­an di Lahad Datu, Sabah diselesaik­an secara baik di Mahkamah Tinggi, di sini, semalam.

Ia berikutan Utusan Melayu (defendan pertama) dan Abdul Aziz (defendan kedua) bersetuju menarik balik artikel, membacakan pernyataan kesal di dalam mahkamah serta membayar Anwar RM50,000.

Kedua-dua defendan yang diwakili peguam Wan Azmir Wan Majid menerbitka­n kenyataan kesal di muka surat dua atau tiga akhbar itu dalam tempoh dua minggu bermula semalam.

Hakim Datuk Noraini Abdul Rahman merekodkan penghakima­n persetujua­n itu selepas kenyataan kesal dibacakan Wan Azmir.

Anwar hadir diwakili peguam Datuk S Ambiga, J Leela dan Shahid Adli Kamarudin.

Sementara itu, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tan Sri Muhyiddin Yassin hadir prosiding semalam untuk bertemu Anwar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia