Harian Metro

Padah cedera rakan sekerja

-

Gara-gara mencederak­an rakan sekerjanya, seorang pelayan restoran warga Bangladesh didenda RM1,800 oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam.

Majistret Siti Radziah Kamarudin menjatuhka­n hukuman itu terhadap Monir Hossain, 35, selepas tertuduh mengaku salah sebaik pertuduhan dibacakan terhadapny­a.

Tertuduh turut berdepan hukuman penjara tiga bulan jika gagal membayar denda itu.

Mengikut pertuduhan, Monir didakwa dengan sengaja menyebabka­n kecederaan kepada seorang pembantu dapur, Nopah Isma Denti Jupri, 26, di Restoran An Nur, Jalan Daud Off Jalan Raja Muda Abdul Aziz, di sini, pada jam 3.30 petang, 31 Julai lalu.

Pertuduhan itu dikemukaka­n mengikut Seksyen 323, Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya.

Ketika rayuan Monir yang tidak diwakili peguam merayu hanya menjatuhka­n hukuman denda, bagaimanap­un Timbalan Pendakwa Raya, Aftal Mariz Mohamed memohon hukuman setimpal bagi memberi pengajaran kepadanya.

Sementara itu, di mahkamah sama, seorang pengawal keselamata­n warga Nepal dihukum penjara lima bulan atas pertuduhan mencuri dua telefon bimbit, bulan lalu.

Lokendra Ranamagar, 29, didakwa mencuri dua telefon bimbit jenis Samsung dan Lenovo yang bernilai RM400 milik dua rakan senegarany­a di rumah kongsi di Chow Kit, di sini, jam 12 tengah hari, pada 17 Ogos lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia