Harian Metro

Gelombang kedua

- Muhamad Izzat Nasuruden am@hmetro.com.my

„ Air pasang besar diramal pada 13 hingga 19 Oktober

Orang ramai terutama kawasan pantai di Perak, Selangor, Kedah dan Perlis perlu bersiap sedia menghadapi gelombang kedua air pasang besar yang diramal berlaku pada 13 hingga 19 Oktober ini.

Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) Datuk Zaitun Ab Samad berkata, pihaknya sudah bersedia untuk memaklumka­n kepada orang ramai supaya berpindah lebih awal sebelum kawasan kediaman mereka dilanda banjir.

Menurutnya, langkah berpindah lebih awal itu perlu bagi mengelakka­n mangsa fenomena berkenaan terperangk­ap dalam rumah apabila banjir berlaku secara tiba-tiba.

“Setiap penduduk yang tinggal di kawasan berisiko tinggi dilanda banjir perlu menyiapkan beg kelengkapa­n asas bagi memudahkan pemindahan dijalankan.

“Tambahan, kita juga boleh mempertimb­angkan untuk menghulurk­an bantuan dengan membantu mana-mana penduduk yang mahu memindahka­n haiwan ternakan mereka jika berkemampu­an bagi mengelakka­n kerugian besar kepada mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Perasmian Penutup Forum Kesiapsiag­aan Agensi Menghadapi Bencana dan Pelancaran Bulan Kesiapsiag­aan Nasional 2016 Peringkat Negeri Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini, semalam.

Menurutnya, persediaan rapi sudah dilakukan NADMA bagi menghadapi fenomena air pasang besar dengan merangka beberapa pelan jangka pendek dan jangka panjang.

Katanya, NADMA merancang menggunaka­n beg pasir bagi menambah ketinggian ban (pintu air) di hulu sungai supaya air tidak melimpah keluar jika air pasang besar berlaku.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia