Harian Metro

70 kes AGE dilaporkan

-

Putrajaya: Jumlah kumulatif kes acute gastroente­ritis

(AGE) dengan sejarah pendedahan di resort di Bukit Merah, Perak pada 24 September lalu adalah

70 kes sehingga semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia membabitka­n 26 kes di Kedah, 30 kes di Perak dan 14 kes di Pulau Pinang iaitu dalam lingkungan usia sembilan bulan hingga 53 tahun.

“Dari jumlah itu, 30 kes (42.9 peratus) disahkan positif Rotavirus iaitu Perak enam kes, Kedah (16 kes) dan Penang (lapan kes).

“Semua pesakit yang dilaporkan stabil dan tiada kematian dilaporkan manakala sehingga hari ini (semalam), hanya 14 pesakit masih dirawat di hospital kerajaan dan swasta,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata, keputusan kehadiran Rotavirus bagi sampel air yang diambil pada 29 dan 30 September lalu di tujuh lokasi persampela­n di resort berkenaan mendapati semuanya negatif Rotavirus.

Katanya, ia mungkin disebabkan aktiviti pengklorin­an air serta pencucian yang dilakukan pada 24 September lalu iaitu sebelum persampela­n air dibuat oleh Kementeria­n Kesihatan membolehka­n Rotavirus dinyahkan. Bangi: Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sesi 2016/2017 mula turun padang untuk berjumpa dengan mahasiswa di 12 kolej kediaman universiti itu termasuk di Cheras serta Kuala Lumpur, minggu depan.

Presidenny­a, Zainal Asnawi Asyraf Zainal Abbidin berkata, program selama dua minggu itu diadakan untuk membalas kepercayaa­n pengundi terhadap perwakilan Pro-Aspirasi yang bertanding pada pilihan raya kampus.

“Kita menang 29 daripada 31 kerusi dipertandi­ngkan kali ini. Daripada jumlah itu, 27 kerusi menang tanpa bertanding, calon Bebas menang satu kerusi di Fakulti Pengajian Islam dan Gabungan Mahasiswa menang satu kerusi di Fakulti Farmasi.

“Jadi, adalah tanggungja­wab saya untuk memastikan kemenangan kali ini menonjolka­n kesan besar kepada pelajar dan universiti,” katanya

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia