Harian Metro

Solat hajat untuk misi WBG

-

Kuala Lumpur: Pertubuhan IKRAM menyeru ahli di seluruh negara menganjurk­an Solat Hajat Perdana di semua peringkat negeri dan kawasan untuk keselamata­n misi Womens Boat to Gaza (WBG), Dr Fauziah Mohd Hasan ke Gaza.

Presidenny­a, Dr Mohd

Parid Sheikh Ahmad berkata, Dr Fauziah kini memasuki fasa terakhir dalam misi pelayaran memecah kepungan Israel ke atas Gaza.

Beliau berkata, Dr Fauziah memasuki perairan Gaza, subuh semalam, jam 11 pagi waktu Malaysia.

“Kapal misi ini bernama Zaytouna membawa 13 orang srikandi berjiwa besar dari 13 negara mengharung­i lautan luas demi memastikan nasib rakyat Palestin terus mendapat perhatian dan pembelaan dunia.

“Kapal Zaytouna mempunyai satu tujuan saja iaitu menghentik­an kepungan Israel ke atas Gaza kerana Zaytouna percaya rakyat Gaza berhak menikmati kebebasan dan keadilan sama seperti manusia lain,” katanya.

Katanya, selaku Muslim, wajib bersama-sama memperjuan­gkan isu Palestin dan melakukan sesuatu dalam membantu usaha berkenaan.

Justeru, beliau menyeru masyarakat menyebarka­n maklumat berkenaan misi ini melalui jaringan supaya orang ramai cakna dan turut sama membantu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia