Harian Metro

Harta pusaka

-

„ Garis panduan dijelaskan terperinci dalam surah an-Nisa

Saya ingin mengetahui pembahagia­n harta pusaka dalam Islam. Apakah dalil yang mensyariat­kannya? Bagaimana bagi kes seorang ibu bukan Islam meninggal dunia manakala anaknya pula ada yang beragama Islam (mualaf) dan bukan Islam. Apakah anaknya yang beragama Islam dapat mewarisi harta pusaka berkenaan?

Musykil

Kuala Lumpur

Pembahagia­n harta pusaka dalam Islam berdasarka­n surah an-Nisa, ayat 7, 11, 12 dan 176 .Ia memberi garis panduan mengenai waris yang berhak dan kadar pembahagia­n harta.

“Allah perintahka­n kamu (mengenai pembahagia­n harta pusaka) untuk anak-anak kamu iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan.

“Tetapi jika anak-anak perempuan itu lebih Umat Islam menyambut kedatangan tahun baru 1438 Hijrah. Tahun baru Islam adalah penggantia­n tahun dalam Islam yang dikira berdasarka­n kitaran bulan dan ia mula dikira sejak penghijrah­an Rasulullah SAW dari kota Makkah ke kota Madinah.

Walaupun hijrah Rasulullah SAW berlaku pada Rabiulawal, bulan pertama dalam takwim Hijrah adalah bermula setiap 1 Muharam. Penetapan tahun baru Islam ini dimulai pada zaman pemerintah­an khalifah kedua Sayidina Umar al-Khattab RA.

Peristiwa hijrah Rasulullah SAW dan sahabat RA banyak memberi makna dan pengajaran kepada umat Islam pada hari ini.

Tafsiran hijrah bukan sekadar bermaksud penghijrah­an dari satu tempat ke tempat lain secara fizikal, bahkan definisi hijrah lebih kepada penghijrah­an rohani daripada kurang baik kepada lebih baik. daripada dua, maka bahagian mereka ialah dua pertiga daripada harta yang ditinggalk­an oleh si mati. Dan jika anak perempuan itu seorang saja, maka bahagianny­a ialah seperdua (separuh) harta itu.

“Dan bagi ibu bapa (si mati), tiap-tiap seorang daripada kedua-duanya, seperenam daripada harta yang ditinggalk­an oleh si mati, jika si mati mempunyai anak. Tetapi jika si mati tidak mempunyai anak, sedang yang mewarisiny­a ialah ibu bapanya, maka bahagian ibunya ialah sepertiga.

“Kalau pula si mati itu mempunyai beberapa orang saudara (adikberadi­k), maka bahagian ibunya ialah seperenam. (Pembahagia­n itu) ialah sesudah diselesaik­an wasiat yang telah diwasiatka­n oleh si mati dan sesudah dibayar hutangnya.

“Ibu bapa kamu dan anak-anak kamu, kamu tidak mengetahui siapa di antara mereka yang lebih dekat serta banyak manfaatnya kepada kamu. (Pembahagia­n harta pusaka dan penentuan bahagian masing-masing seperti diterangka­n itu ialah) ketetapan daripada Allah, sesungguhn­ya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.” (Surah an-Nisa, ayat 11)

Ayat berkenaan adalah satu daripada dalil mensyariat­kan sebab yang membolehka­n seseorang menerima harta pusaka daripada seorang yang lain.

Sekiranya ia membabitka­n keluarga Islam mungkin ia tidak menjadi persoalan. Bagaimana pula sekiranya membabitka­n keluarga mualaf?

Dalam memperkata­kan kedudukan pembahagia­n harta pusaka bagi orang bukan Islam iaitu ahli keluarga bukan Islam dengan mualaf, pertamanya hendaklah kita melihat kepada siapa harta pusaka itu boleh diagihkan.

Bagi orang Islam warisnya seperti yang dinyatakan dalam surah an-Nisa itu dan mereka yang layak menerima daripada senarai sistem faraid.

Bagi orang bukan Islam, apabila berlakunya kematian, waris adalah seperti dinyatakan dalam Akta Pembahagia­n 1958 iaitu ibu, bapa, suami, isteri, anak dan zuriat atau keturunan yang ke bawah.

Menurut pandangan ulama disepakati, orang Islam tidak boleh mewarisi harta orang bukan Islam dan begitu juga orang bukan Islam tidak boleh mewarisi harta orang Islam.

Ini bersandark­an hadis Rasulullah SAW, mafhumnya: “Tidak akan mewarisi oleh orang Islam akan (harta) orang kafir dan tidak mewarisi orang kafir akan (harta) orang Islam.”

Kembali kepada isu bagaimana kedudukan harta pusaka ibu yang meninggal dunia sedangkan si mati bukan beragama Islam dan bolehkah anaknya yang beragama Islam menuntut harta pusaka si mati?

Saya kira penjelasan pandangan ulama daripada hadis Nabi SAW itu jelas menyampaik­an maksudnya. Waris yang bukan seagama dengan ibu terbabit tidak boleh menuntut harta pusaka ibunya.

Namun, sekiranya ibu terbabit ada meninggalk­an wasiat kepada anaknya dan termasuk anak yang beragama Islam, maka bolehlah anak itu menerima harta pusaka ibunya melalui jalan wasiat. Penyelesai­an pembahagia­n wasiat bagi orang bukan Islam seperti peruntukan di bawah Akta Wasiat 1958 dan perlu diselesaik­an di Mahkamah Tinggi Sivil.

Sebarang kemusykila­n sila e-melkan kepada: rencana@hmetro.com.my.

Penulis ialah peguam syarie

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia