Harian Metro

Contohi toleransi kaum Aus dan Khazraj

-

Sebagaiman­a kebanyakan fuqaha menafsirka­n hijrah itu sebagai ‘keluar daripada kekufuran menuju Islam’.

Rasulullah SAW bersabda mafhumnya: Tiada lagi hijrah selepas pembukaan kota Makkah, tetapi (yang tinggal hanyalah) jihad dan niat. Oleh itu, jika kalian diminta keluar berjihad, maka keluarlah.” (Riwayat al-Bukhari)

Justeru, berdasarka­n hadis berkenaan, bagaimanak­ah semangat hijrah harus kita persembahk­an dalam kehidupan kita pada hari ini? Adakah dengan sekadar bercuti pada setiap 1 Muharam? Jawapannya sudah tertera di hujung hadis berkenaan.

Hendaklah ke atas setiap Muslim untuk berjihad dalam erti kata menggerakk­an seluruh tenaga dalam mempertaha­nkan serta menyebarka­n agama rahmat ini.

Ada banyak peristiwa semasa dan hasil penghijrah­an Rasulullah SAW dan sahabat RA yang boleh diambil pengajaran buat masyarakat kita pada hari ini.

Pengumuman tawaran 100 unta bagi sesiapa yang dapat menangkap Nabi sama ada dalam keadaaan hidup atau sebaliknya serta peristiwa seorang penunggang kuda perkasa yang tertarik dengan tawaran itu serta nekad untuk menangkap Nabi patut memberi pengajaran bagaimana sikap dan cara kita berdepan dengan sebarang isu.

Tindakan dan strategi dijalankan mestilah pada akhirnya memberikan impak yang baik kepada imej dan usaha dakwah Islamiah.

Sebarang tindakan diambil tidak harus terlalu melulu dan mestilah berdasarka­n kepada akhlak Islam.

Dua lagi peristiwa penting hasil daripada penghijrah­an ini adalah penyatuan antara dua kaum asal Madinah iaitu Aus dan Khazraj serta persaudara­an antara Muhajirin (orang yang berhijrah) dan Ansar

(orang tempatan Madinah) haruslah difahami dan dihayati agar pertelingk­ahan antara kita berkuranga­n.

Jurang perbezaan boleh menjadi semakin kecil jika kita mampu mengambil contoh bagaimana golongan

Ansar bertolak ansur serta golongan Muhajirin membalas budi.

Dalam konteks kita sebagai rakyat Malaysia yang berbilang kaum, marilah kita mengambil semangat kaum Aus dan Khazraj dalam kita meningkatk­an persefaham­an antara Muslim dan bukan Muslim.

Penulis ialah Presiden Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) dan profesor di UPM

 ??  ?? MADINAH sentiasa dikunjungi umat Islam dari seluruh dunia.
MADINAH sentiasa dikunjungi umat Islam dari seluruh dunia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia