Harian Metro

Sedia runding dengan kerajaan negeri

-

Etnik Orang Asli mengalu-alukan pintu rundingan dengan kerajaan negeri, namun tidak berganjak selagi pembalakan di Hutan Simpan Balah, di sini tidak dihentikan selama-lamanya.

Itu pendirian 200 Orang Asli yang berhimpun dan melakukan sekatan di laluan keluar masuk utama balak di sempadan Pos Tohoi–Pos Penad–Pos Gob, sejak minggu lalu.

Menurut Mustafa Along yang juga Setiausaha Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan, mereka sudah lama bersabar dengan masalah pembalakan yang menyebabka­n kemusnahan hutan.

“Kami buat macam-macam sebelum ini, hantar memorandum, demonstras­i, namun kerajaan negeri seperti menolak kemunculan kami.

“Selagi kerajaan tidak mendengar, selagi itu kami tetap begini dan teruskan dengan sekatan kerana tujuan utama ialah mahu menjaga hutan ini,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia