Harian Metro

Tingkat kesedaran bersukan

- Nursyahira­h Marzuki am@hmetro.com.my

„ 15,000 sertai Program Kecergasan Peringkat Kebangsaan Sabtu ini

Seramai 15,000 peserta terdiri daripada warga Kementeria­n Pendidikan termasuk pelajar, murid dan guru dari seluruh negara akan menyertai Program Kecergasan Peringkat Kebangsaan anjuran kementeria­n itu sempena Hari Sukan Negara 2016 Sabtu ini.

Pengarah Bahagian Sukan Kementeria­n Pendidikan Dr Mehander Singh berkata, pembabitan pelajar sekolah itu sebagai salah satu usaha untuk meningkatk­an kesedaran bersukan terutama di peringkat akar umbi.

“Pada hari itu setiap peserta akan menyertai beberapa aktiviti bermula dengan senamrobik sebelum meneruskan acara utama iaitu Jalan Ria 1Murid 1Sukan yang memerlukan setiap peserta berjalan kaki sejauh 4.4 Kilometer (km) bermula dari Dataran Putrajaya dan berakhir di lokasi yang sama.

“Selain itu, pelbagai aktiviti sampingan dianjurkan termasuk senamrobik, pertanding­an futsal, bola jaring serta pameran daripada beberapa agensi kerajaan, malah kita juga akan mengumumka­n Ikon Sukan Muda yang dipilih di peringkat Sekolah Menengah,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.

Katanya, program itu turut membabitka­n murid dari sekolah pendidikan khas dan prasekolah selaras dengan usaha menerapkan budaya sukan dalam kalangan mereka selain membantu perkembang­an tumbesaran mereka.

“Malah, setiap sekolah di seluruh negara dikehendak­i menganjurk­an program kecergasan serentak pada Sabtu ini dengan pelbagai aktiviti yang bersesuaia­n untuk menggalakk­an pembabitan pelajar sekolah, ibu bapa dan masyarakat setempat.

“Kami mencadangk­an beberapa aktiviti yang boleh dilaksanak­an pada hari terbabit dan terpulang kepada pihak sekolah menjalanka­n sebarang kecergasan berdasarka­n kemudahan dan kemampuan yang mereka ada,” katanya.

Menurutnya, pihaknya juga turut mengetenga­hkan sukan tradisiona­l untuk menarik minat peserta dan memperkena­lkan permainan yang pernah popular pada suatu ketika dahulu.

“Program seperti ini diharap mampu mencetuska­n kesedaran terutama kepada pelajar dan ibu bapa mengenai kepentinga­n melakukan aktiviti kecergasan yang dapat memperting­katkan tahap kesihatan mereka.

“Kami mahu mereka sedar mengenai kepentinga­n menjaga kesihatan melalui sukan, sekali gus berupaya melahirkan bakat baru yang mampu mengharumk­an nama negara seperti atlet kebangsaan lain,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia