Harian Metro

Awal pagi

-

14 kes berkenaan dikesan yang memaksa pas pemindah baru dikeluarka­n.

Katanya, saiz panjang dan ukuran bulat balak lebih kecil akan menyebabka­n kerugian kepada kerajaan apabila cukainya berkuranga­n daripada yang sepatutnya dibayar oleh pembalak.

“Jabatan memandang serius apa saja kesalahan membabitka­n aktiviti pengeluara­n balak, pemeriksaa­n oleh anggota Unit Penguatkua­sa (UPK) Pahang Barat dan Timur dilakukan secara berterusan.

“Aktiviti pemeriksaa­n bukan saja dilakukan di hutan tetapi membabitka­n kawasan simpanan balak atau matau, balai pemeriksaa­n dan sekatan jalan raya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam majlis penutup operasi bersepadu itu yang disempurna­kan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi dan Teknikal) Jabatan Perhutanan Semenanjun­g Malaysia (JPSM), Borhanudin Arshad di pekarangan Pejabat UPK Pahang Barat, kelmarin.

Mohd Paiz berkata, operasi itu membabitka­n aktiviti sekatan jalan raya pada sebelah malam, pemeriksaa­n di kilang papan dan tinjauan di hutan kawasan lesen.

“Operasi ini membabitka­n empat daerah iaitu Raub, Lipis, Jerantut dan Bentong disertai 100 anggota.

“Sebanyak 98 saman dikeluarka­n JPJ dan 28 saman oleh polis kepada pengguna jalan raya yang melakukan pelbagai kesalahan manakala PERHILITAN mencatat satu kes membabitka­n kesalahan memiliki burung serindit,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia