Harian Metro

Bantu keluarga mangsa culik

-

Kuantan: Kebimbanga­n keluarga terhadap nasib mangsa culik kumpulan Abu Sayyaf, Mohd Ridzuan Ismail, 32, mendapat perhatian Yayasan Keprihatin­an Komuniti Malaysia (MCCF) yang akan berjumpa keluarga berkenaan dalam masa terdekat.

Pengerusin­ya, Halim Ishak berkata, MCCF sedia bertemu keluarga serta waris terdekat Mohd Ridzuan bagi mendengar luahan mereka, seterusnya merencana perancanga­n dalam membantu membawa pulang mangsa culik terbabit seperti yang dilakukann­ya sebelum ini.

“Saya secara peribadi sedia berjumpa dengan mereka (keluarga Mohd Ridzuan). Kami akan berbincang mengenai apa yang boleh dilakukan.

“Dalam situasi ini pihak keluarga perlu memberikan kepercayaa­n kepada kerajaan dan pihak berkuasa bagi menyelamat­kan Mohd Ridzuan bersama empat lagi tebusan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Semalam Harian Metro melaporkan, adik kepada Mohd Ridzuan, Mohd Raisuddin Ismail, 30, merayu MCCF membantu serta mengatur strategi dalam membebaska­n abangnya yang menjadi mangsa culik kumpulan militan itu.

Mohd Ridzuan bersama empat yang lain diculik di perairan Dent Heaven berhampira­n Lahad Datu, Sabah, 18 Julai lalu oleh Kumpulan Abu Sayyaf.

Kumpulan itu menuntut wang tebusan 100 juta Peso atau RM8.6 juta bagi membebaska­n semua rakyat Malaysia.

Pada masa sama, Halim memberitah­u, pihaknya melahirkan rasa simpati terhadap nasib menimpa keluarga Mohd Ridzuan dan empat yang lain dan mengharapk­an mereka terus berdoa bagi memastikan mereka dalam keadaan selamat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia