Harian Metro

Bomba hantar air ke pusat kesihatan ‘Kami dah tak

-

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan menghantar bekalan air secara berterusan ke pusat kesihatan di kawasan Semenyih, Serdang dan bandar ini yang mengalami masalah gangguan bekalan air.

Menurut jurucakap JBPM berkata, antara pusat kesihatan berkenaan adalah Hospital Serdang yang dikenal pasti terjejas teruk sejak dua minggu lalu.

Katanya, JBPM menggunaka­n lima jentera tangki air bermuatan 10,000 liter dan 20,000 liter air untuk menghantar bekalan air ke hospital berkenaan.

“Lima jentera masing-masing dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bangi, Pelabuhan Klang, Serdang, Sungai Buloh dan Selayang itu mula menghantar bekalan air yang dibekalkan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) ke hospital berkenaan.

“Jentera secara bergilir-gilir membuat penghantar­an air ke hospital dan pusat kesihatan lain bagi memastikan bekalan air untuk kegunaan domestik dan perubatan tidak terputus.

“Pada waktu siang, kita menggunaka­n dua jentera tangki air dan pada sebelah malam, kita menambah kapasiti kepada lima jentera,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, dua jentera berkapasit­i 10,000 liter air dan tiga jentera berkapasit­i 20,000 liter air akan terus berulang-alik menghantar bekalan ke semua kawasan terjejas sehingga masalah berkenaan selesai.

“JBPM juga menghantar air ke kawasan perumahan yang mengalami masalah gangguan air sekali gus memudahkan penduduk mendapat bekalan air bersih,” katanya.

Sementara itu, Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) dalam kenyataan medianya memaklumka­n bahawa penutupan Loji Rawatan Air Sungai Semenyih memberi kesan kepada Hospital Serdang dan Hospital Kajang sejak 23 September lalu.

“Kami sudah tidak tahan,” itu reaksi kebanyakan penduduk di Semenyih, Bangi dan bandar ini yang berang dengan masalah ketiadaan air yang berlarutan sejak hampir dua minggu lalu.

Masalah itu juga menjejaska­n rutin harian penduduk kawasan berkenaan, malah aktiviti perniagaan seperti gerai makan dan pusat mencuci kereta terpaksa ditutup sehingga bekalan air pulih seperti biasa.

Tinjauan Harian Metro di beberapa kawasan seperti di Saujana Utama, Taman Bukit Semenyih, Bandar Tasik Kesuma Fasa 1 dan Bandar Teknologi Kajang, di sini, mendapati masalah air membelengg­u kira-kira 50,000 penduduk di kawasan perumahan dan pusat komersial berkenaan.

Setiausaha Pertubuhan Prihatin Semenyih Hamdan Abu berkata, sekurang-kurangnya 17 kawasan perumahan dan pusat komersial mengalami keadaan kritikal bekalan air sejak hampir dua minggu lalu.

Beliau berkata, bantuan bekalan air menerusi lori tangki oleh Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd dan beberapa agensi lain tidak mencukupi menyebabka­n ada antara penduduk terpaksa mengambil air di kawasan lain setiap hari.

“Lori tangki yang disediakan oleh pihak berkaitan tidak mencukupi jika dibandingk­an dengan jumlah penduduk yang mencecah puluhan ribu sekali gus menyukarka­n mereka untuk melakukan aktiviti harian.

“Sebelum ini, kami berdepan dengan masalah tiada air untuk tempoh lapan hari, namun hanya pulih seketika sebelum ia berulang sehingga hari ini (semalam),” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Penduduk Pangsapuri Baiduri Fasa 6, di sini, Shawalizam Yaakob, 48, berkata, dia sudah lali mendengar masalah ketiadaan air dikatakan berpunca daripada pencemaran sungai di kawasan berkenaan.

Katanya, masalah berkenaan seolah tiada berkesudah­an, malah semakin buruk apabila semakin kerap kawasan perumahann­ya terputus bekalan air sekali gus menyukarka­nnya melakukan aktiviti harian.

“Penduduk kawasan Semenyih sering berhadapan dengan masalah ketiadaan air malah bekalan berkenaan terputus akibat sungai tercemar juga bukan perkara baru.

“Sejak beberapa tahun lalu, kami sudah mengalami masalah sama yang berpunca daripada sungai tercemar namun perkara itu seakan tiada jalan penyelesai­an dan pihak berkaitan juga tidak mengambil langkah susulan untuk menanganin­ya,” katanya.

Penduduk Kampung Pasir Baru Mohd Aris Kassim, 49, berkata, pihak berkaitan perlu mengambil tindakan susulan iaitu menyita kilang yang didapati menyebabka­n Sungai Lalang dan Semenyih tercemar.

“Jika kilang berkenaan tidak ditutup atau dikenakan tindakan tegas, pasti masalah sama tetap berulang dan yang akan terkena tempiasnya adalah penduduk di daerah ini.

“Sampai bila kami mahu melalui situasi sama iaitu terpaksa mengangkut air dari saudara-mara atau menunggu lori tangki semata-mata mahu mendapatka­n bekalan air bersih,” katanya.

„ Penduduk merungut berikutan masalah bekalan air berlarutan hampir dua minggu

 ??  ?? PENIAGA, Moharof Rashad menggunaka­n bekalan air yang dibekalkan SYABAS untuk mencuci cawan di Hospital Serdang. PEKERJA menyusun komponen kereta terpakai ke dalam tong untuk disita yang menjadi punca pencemaran di Sungai Lalang, Semenyih.
PENIAGA, Moharof Rashad menggunaka­n bekalan air yang dibekalkan SYABAS untuk mencuci cawan di Hospital Serdang. PEKERJA menyusun komponen kereta terpakai ke dalam tong untuk disita yang menjadi punca pencemaran di Sungai Lalang, Semenyih.
 ?? FOTO: ?? PEMILIK kedai nasi ayam, Mimah Abdul, 76 (kanan) dibantu pekerjanya mengangkat air untuk kegunaan membasuh pinggan berikutan gangguan bekalan air di Semenyih.
FOTO: PEMILIK kedai nasi ayam, Mimah Abdul, 76 (kanan) dibantu pekerjanya mengangkat air untuk kegunaan membasuh pinggan berikutan gangguan bekalan air di Semenyih.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia