Harian Metro

Perompak tersungkur

- Mohd Fadly Samsudin fadly@hmetro.com.my

„ Tiga lelaki samun premis vape 6 bulan lalu dicekup

di bawah katil mengandung­i 87 botol perisa vape. Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superinten­dan Mohamad Roy Suhaimi Sarif, berkata, semua lelaki berusia 23 dan 26 tahun itu dikesan memecah masuk sebuah kedai menjual peralatan menghisap rokok elektronik pada jam 5.50 pagi, 23 April lalu.

Menurutnya, terdapat seorang pekerja lelaki warga Myanmar tidur di dalam premis ketika kejadian.

“Seorang suspek memukul pekerja itu sebelum merampas telefon pintarnya manakala seorang lagi suspek merampas peralatan dan ratusan botol perisa vape.

“Pekerja lelaki itu melihat dua suspek melarikan diri menggunaka­n dua motosikal model Yamaha LC135 berwarna putih dan Yamaha 125Z berwarna merah bersama dua lagi suspek,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju, di sini, semalam.

Katanya, semua suspek mempunyai rekod jenayah lampau termasuk dadah dan memiliki senjata.

“Suspek kini ditahan reman sehingga 8 Oktober ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan,” katanya.

 ??  ?? MOHAMAD Roy menunjukka­n 87 botol perisa vape yang ditemui dalam beg di PPR Ayer Panas, Setapak.
MOHAMAD Roy menunjukka­n 87 botol perisa vape yang ditemui dalam beg di PPR Ayer Panas, Setapak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia