Harian Metro

Angkat wanita berkerusi roda dari tingkat tujuh

-

Kuala Lumpur: Gara-gara lif rosak menyebabka­n sepasukan anggota bomba bertungkus-lumus membawa turun seorang wanita sakit dari tingkat tujuh sebuah pangsapuri menggunaka­n kerusi roda.

Dalam kejadian jam 11 pagi semalam, wanita berusia lingkungan 50-an itu tidak boleh berjalan dan hanya menggunaka­n kerusi roda akibat masalah kesihatan.

Mangsa yang menetap di Pangsapuri Ampang Mewah di sini, dikatakan perlu menjalani rawatan serta mencuci darah di klinik namun berdepan masalah kerosakan lif di kediaman itu.

Akibatnya suami mangsa menghubung­i bomba bagi mendapatka­n bantuan membawa turun isterinya ke tingkat bawah pangsapuri.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ampang, Ariff Mohamed Kassim berkata, sepasukan anggota bomba kebetulan berada sekitar kediaman itu dan sedang menjalani pemeriksaa­n cegah kebakaran.

“Sebaik dipanggil suami wanita itu, anggota bomba segera berusaha membawa turun wanita itu melalui tangga pangsapuri. Kami mengangkat wanita itu yang duduk di atas kerusi roda,” katanya.

Pertama kali berlaku apabila tiga penjenayah merompak dan melarikan 426 botol cecair perisa vape dari sebuah premis di Taman Sri Rampai di sini, April lalu.

Bagaimanap­un penjenayah terbabit akhirnya dijejaki dan diberkas polis jam 10.30 malam Isnin lalu, hasil serbuan di sebuah unit rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) Ayer Panas, Setapak, di sini.

Pemeriksaa­n lanjut polis di dalam rumah itu menemui sebuah beg galas disembunyi­kan

 ??  ?? ANGGOTA bomba membawa turun wanita dengan kerusi roda di Pangsapuri Ampang Mewah.
ANGGOTA bomba membawa turun wanita dengan kerusi roda di Pangsapuri Ampang Mewah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia