Harian Metro

Kesan rekod pemilik bom

- Mohd Fadly Samsudin fadly@hmetro.com.my

„ Polis tunggu semakan kilang pembekal senjata

Polis sedang menunggu semakan daripada kilang pembekal senjata bagi mengenal pasti pemilik dua bom asap ditemui Projek Perumahan Rakyat (PPR) Ayer Panas, Setapak di sini, jam 3.30 petang kelmarin.

Semakan rekod itu dijangka diserahkan Kilang SME Baru Arang hari ini bagi menentukan dua bom asap berkenaan dibekalkan kepada pihak polis atau tentera.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superinten­dan Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, terdapat nombor siri pada bom asap itu yang membolehka­n setiap maklumat rekod pembekalan diketahui.

Beliau turut menafikan penemuan dua bom itu ada kaitan dengan kumpulan pengganas.

Dalam laporan semalam, anggota polis yang sedang menjalanka­n operasi cegah jenayah menemui satu bungkusan plastik mengandung­i dua bom asap berwarna hijau di kawasan semak di sebuah blok PPR Ayer Panas, di sini.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh dalam kenyataann­ya berkata, hasil pemeriksaa­n Unit Pemusnah Bom (UPB) mengesahka­n bom asap itu adalah jenis sama digunakan pihak polis selain tidak menolak kemungkina­n digunakan pihak tentera. “Siasatan lanjut berjaya menemui tujuh kesan cap jari pada kedua-dua bom asap berkenaan. Bom asap itu dikeluarka­n oleh Kilang SME Batu Arang pada Julai 2009,” katanya. Sementara itu, Mohamad Roy memaklumka­n, bom asap itu biasa digunakan Pasukan Simpanan Persekutua­n (FRU) bagi tujuan mengawal ketenteram­an awam selain turut digunakan polis dan tentera ketika acara pertunjuka­n.

Katanya, siasatan menjurus kepada motif kenapa bom asap itu dibuang di kawasan berkenaan.

 ??  ?? DUA bom asap yang ditemui di bawah pokok.
DUA bom asap yang ditemui di bawah pokok.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia