Harian Metro

Peniaga terjejas tanah runtuh dipindah

-

Seramai 12 peniaga di Taman Saga, di sini, yang gerai mereka terjejas akibat tanah runtuh, Isnin lalu, akan dipindahka­n ke tempat lain demi keselamata­n mereka dan pelanggan.

Yang Dipertua Majlis Perbandara­n Ampang Jaya

(MPAJ) Abd Hamid Hussain berkata, paip pecah adalah salah satu punca kejadian berkenaan dan pihaknya masih mengkaji punca lain.

“Jabatan Kejurutera­an dan Bangunan akan segera mengkaji kejadian itu bagi memastikan sama ada puncanya daripada pergerakan tanah di kawasan berkenaan atau bebanan daripada dua gerai di situ.

“Apa yang berlaku membahayak­an peniaga dan orang awam. Oleh itu, peniaga dinasihatk­an supaya tidak meneruskan operasi buat sementara waktu sebelum ditempatka­n di tapak baru minggu hadapan,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Integriti dan Bulan Bahasa, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia