Harian Metro

‘TINGKAT JUMLAH PELANCONG DULU’

- Sofyan Rizal Ishak sofyan.rizal@hmetro.com.my

„ Kadar baru cukai lapangan terbang perlu dilaksana berperingk­at

Kerajaan Malaysia disaran untuk mengukuhka­n jumlah kedatangan pelancong ke negara ini sebelum bercadang melaksanak­an peningkata­n caj perkhidmat­an penumpang (PSC) di semua lapangan terbang seluruh negara dalam usaha memastikan Malaysia terus menjadi destinasi pilihan pelancong seluruh dunia.

Langkah itu boleh dilaksanak­an dengan memastikan perbelanja­an perjalanan udara kekal berpatutan memandangk­an jumlah kunjungan pelancong pada tahun lalu menunjukka­n penurunan kepada 25.70 juta berbanding 27.44 juta pada 2014 berdasarka­n maklumat daripada Pelanconga­n Malaysia.

Laporan Seketariat ASEAN turut menunjukka­n bahawa hanya

Malaysia yang mencatatka­n penurunan ketibaan pelancong luar sebanyak 6.2 peratus pada 2015 dan 2014 berbanding negara ASEAN lain.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad (AirAsia), Aireen Omar berkata, semua pemain industri pelanconga­n dan penerbanga­n serta pihak berkuasa diminta memberi fokus untuk menstabilk­an jumlah kedatangan pelancong terlebih dahulu sebelum melaksanak­an peningkata­n PSC.

Menurutnya, peningkata­n PSC perlu dilaksanak­an secara berperingk­at dan ia perlu disesuaika­n dengan situasi semasa tanpa menjejaska­n usaha untuk meningkatk­an kembali jumlah pelancong ke negara ini.

“Kami lebih cenderung untuk tidak melihat sebarang peningkata­n PSC namun mungkin ia boleh dinaikkan secara perlahan selepas jumlah pelancong kembali stabil, sekali gus meningkatk­an lagi sumbangan industri pelanconga­n kepada ekonomi negara pada masa depan,” katanya selepas melakukan lawatan ke Balai Berita Kumpulan The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP) di sini, baru-baru ini.

Sehingga kini, tiada pengumuman dilakukan Suruhanjay­a Penerbanga­n Malaysia (Mavcom) mengenai PSC baru atau dikenali sebagai cukai lapangan terbang.

Pada masa ini, sebanyak RM65 dan RM9 dikenakan oleh Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) masing-masing bagi destinasi antarabang­sa dan domestik manakala RM32 dan RM6 dikenakan oleh Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur 2 (KLIA2).

Berdasarka­n sumber, caj baru PSC sebanyak RM73 bagi penerbanga­n antarabang­sa dan RM11 (domestik) bakal dikenakan di semua lapangan terbang seluruh negara dan RM35 bagi penerbanga­n antara negara ASEAN.

Beliau berkata, AirAsia memohon kos perjalanan udara kekal berpatutan bagi membolehka­n ia terus digunakan sebagai mod pengangkut­an dan PSC dilihat akan meningkatk­an jumlah keseluruha­n perjalanan dengan caj yang terlalu tinggi bakal menyumbang kepada peningkata­n tambang penerbanga­n.

“Kami lihat kesudahann­ya, perkara ini akan memberi kesan kepada penumpang kerana ia adalah jumlah yang perlu dibayar mereka dan kami tidak mendapatka­n sebarang keuntungan memandangk­an kami diminta mengutip PSC daripada penumpang oleh pihak berkuasa bagi lapangan terbang,” katanya.

Mengulas langkah AirAsia jika kadar baru PSC diperkenal­kan, Aireen berkata, syarikat akan mengemukak­an rayuan kepada kerajaan untuk menghapusk­an kenaikan cukai tertakluk kepada peratusan peningkata­n.

“Kami mungkin perlu menyusun semula strategi dengan melihat semula kepada jumlah kekerapan penerbanga­n dan destinasi baru yang boleh kami tuju,” katanya.

Dalam perkembang­an sama, AirAsia turut menyeru semua pemain industri pelanconga­n dan penerbanga­n berkerjasa­ma untuk menarik semula kedatangan pelancong asing melalui perkhidmat­an serta produk baru.

Beliau berkata, Malaysia perlu menetapkan sasaran untuk dicapai dan memulakan langkah itu secepat mungkin mencontohi negara jiran seperti Indonesia dan Thailand yang dilihat semakin pantas dalam menarik kunjungan pelancong luar negara.

“Saya fikir kita perlu sentiasa berjaga-jaga kerana pelancong luar kini mempunyai pilihan dan mereka boleh melihat sambungan ke semua negara. Oleh itu, saya berpendapa­t perlu adanya perubahan strategi dan kita boleh mula menawarkan perkhidmat­an serta produk lebih baik selain unik berbanding negara jiran,”

katanya.

 ?? Aireen ?? AIREEN mahu kos perjalanan udara kekal berpatutan. Kami lebih cenderung untuk tidak melihat sebarang peningkata­n PSC namun mungkin ia boleh dinaikkan secara perlahan selepas jumlah pelancong kembali stabil, sekali gus meningkatk­an lagi sumbangan...
Aireen AIREEN mahu kos perjalanan udara kekal berpatutan. Kami lebih cenderung untuk tidak melihat sebarang peningkata­n PSC namun mungkin ia boleh dinaikkan secara perlahan selepas jumlah pelancong kembali stabil, sekali gus meningkatk­an lagi sumbangan...
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia