Harian Metro

KA Petra rancang bina loji adun minyak pelincir

-

Kuala Lumpur: KA Petra Sdn Bhd (KA Petra) bakal membangunk­an kemudahan loji bersepadu dengan kapasiti sehingga 250,000 metrik tan setahun membabitka­n tiga teras iaitu pengurusan bahan buangan, pengadunan minyak pelincir dan kemudahan tangki.

Pengarah Urusannya, Datuk Shahrul Amirul berkata, setakat ini pihaknya dan beberapa rakan kerjasama masih dalam peringkat perbincang­an terperinci mengenai perancanga­n pembinaan loji itu.

Beliau berkata, inisiatif membangunk­an loji untuk mewujudkan kemudahan terbabit di Malaysia menjadikan ia lebih mudah kepada syarikat mengendali­kan operasi perniagaan.

“Selama ini kita menghasilk­an minyak pelincir di lokasi loji terletak di luar negara dan melalui inisiatif ini, ia perancanga­n terbaik bagi prospek syarikat pada masa depan,” katanya ketika ditemui selepas majlis menandatan­gani memorandum persefaham­an (MoU) antara KA Petra dan Gulf Oil Lubricants (Gulf) disaksikan Timbalan Menteri Pengangkut­an, Datuk Ab Aziz Kaprawi di sini, semalam.

MoU berkenaan sebagai jalinan kerjasama bagi kedua-dua pihak memasarkan produk minyak pelincir, selain memperkuku­hkan kedudukan pasaran dan jualannya di Malaysia.

Naib Presiden Gulf, Frank Rutten berkata, sebagai jenama minyak pelincir dan bahan api dikenali di pasaran global dan pesat membangun, Gulf yakin Malaysia berperanan sebagai destinasi penting bagi produknya.

Beliau berkata, KA Petra sebelum ini menjalin kerjasama perniagaan dengan Gulf Oil Marine dan usaha sama dimeterai kali ini adalah langkah seterusnya dalam meluaskan kedudukan Gulf di Malaysia.

“Sebagai organisasi dinamik, KA Petra sentiasa menunjukka­n komitmen untuk memberikan kerjasama dua hala yang begitu baik dan mempunyai apa yang kami perlukan dalam membangunk­an lebih banyak kemajuan,” katanya.

 ??  ?? AZIZ (dua dari kiri) bersama Duta Gulf Oil, Ronny Johnsen (dua, kanan) menyaksika­n pertukaran dokumen perjanjian persefaham­an antara Shahrul (kiri) dengan Rutten.
AZIZ (dua dari kiri) bersama Duta Gulf Oil, Ronny Johnsen (dua, kanan) menyaksika­n pertukaran dokumen perjanjian persefaham­an antara Shahrul (kiri) dengan Rutten.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia