Harian Metro

Mahu tembusi pasaran Eropah

- Wan Nur Ameera Meor Rozman bisnes@hmetro.com.my

„ BebeBundo atur strategi ke peringkat antarabang­sa tahun depan

BebeBundo, pembuat kasut kulit bertapak lembut khusus untuk bayi baru lahir sehingga kanak-kanak berusia dua tahun pertama di Malaysia berhasrat menembusi pasaran Eropah dan United Kingdom (UK) sebelum akhir 2017.

Pengarah Kreatifnya, Farhan Nadia Bakly berkata, meskipun ada pesaing daripada kedua negara terbabit, namun pihaknya berusaha untuk memasarkan produk tempatan ke peringkat antarabang­sa dan menganggap persaingan bersama pesaing jenama lain sebagai persaingan sihat.

“BebeBundo juga mempunyai penjual sah dari negara lain iaitu Singapura dan Belanda manakala bagi pasaran seperti Brunei, Australia dan Singapura, kami hanya memasar, mengiklan serta menjual kasut melalui dalam talian seterusnya membuat penghantar­an secara pos sekiranya mendapat permintaan.

“Sebagai satu-satunya pemain industri bagi segmen ini, kami mengambil pendekatan untuk memilih pengedar dan negara untuk ditembusi buat masa ini agar dapat mengekalka­n standard dan status eksklusif jenama BebeBundo,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya turut memasarkan produk menerusi laman sosial Facebook, (bebebundoc­ollection) dan Instagram, (bebebundo) dengan kira-kira 80 peratus jualan disumbangk­an oleh segmen dalam talian manakala selebihnya daripada jualan di tapak bazar dan bilik pameran serta pemborong,

Menurutnya, sejak mula menjalanka­n perniagaan pada Februari 2004, syarikatny­a mencatatka­n peningkata­n permintaan dan menyasarka­n untuk menjual kira-kira 2,000 pasang kasut bayi menjelang akhir 2016 berbanding 1,500 pada tahun lalu.

“BebeBundo mengetenga­hkan kasut khas untuk bayi yang diperbuat daripada kulit. Untuk menjamin keselesaan bayi, kami akan pastikan setiap rekaan yang dihasilkan praktikal iaitu mudah dipakai dan dicabut mengikut kesesuaian anak kecil,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia