Harian Metro

Pengunjung berpeluang menang pakej percutian

-

Kuala Lumpur: Pengunjung Pameran Hartanah MyRumah Siri Ketiga anjuran Kumpulan The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP) bermula Jumaat ini (7 Oktober) berpeluang memenangi tiga pakej percutian tiga hari dua malam ke Phuket untuk dua orang melalui acara cabutan bertuah yang bakal diadakan sempena acara terbabit.

Selain hadiah itu, mereka berpeluang memenangi dua jam tangan jenama Ice Watch apabila mengikuti setiap sesi ceramah daripada 20 penceramah membabitka­n pemaju dan pakar hartanah daripada pelbagai disiplin seperti pelaburan, undang-undang dan feng shui.

Pengurus Besar Pengiklana­n Agensi/Rencana Khas NSTP, Roche Chew berkata, pameran itu bukan sahaja menawarkan hadiah menarik kepada pengunjung, malah ia platform ilmu hartanah terbaik kepada individu yang berminat menimba pengetahua­n dalam pemilikan hartanah dan menjadikan­nya sebagai pelaburan bagi menjana pendapatan.

“Kami menerima sambutan baik daripada orang ramai sejak memulakan pameran ini Januari lalu. Kami berhasrat meluaskan lagi penganjura­nnya di wilayah utara pada tahun depan selepas tiga siri penganjura­n di Kuala Lumpur (dua kali) dan Johor Bahru pada tahun ini,” katanya pada sidang media pameran hartanah MyRumah, semalam.

Kumpulan NSTP kembali menganjurk­an pameran hartanah MyRumah buat kali ketiga untuk tahun ini bermula pada 7 hingga 9 Oktober ini bertempat di Balai Berita NSTP, Bangsar dari jam 10 pagi hingga 6 petang.

 ??  ?? ROCHE (tengah) pada sidang media pameran hartanah MyRumah, semalam.
ROCHE (tengah) pada sidang media pameran hartanah MyRumah, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia