Harian Metro

MASIH BELUM PUAS

- Agensi

Ahli bina badan Brazil suntik minyak untuk besarkan otot

Dia ingin kelihatan seperti Arnold Schwarzene­gger atau Hulk. Kerana itu, ahli bina badan Valdir Segato sanggup menyuntik minyak pada ototnya untuk membantuny­a mencapai impian menjadi terkenal menerusi fizikalnya.

Berat badannya meningkat 25 kilogram hasil daripada tindakanny­a menyuntik sintol ke dalam tubuhnya.

Walaupun bahaya dan tahu ia boleh membawa maut, Segato berkata, dia berpuas hati dan gembira dengan bentuk badannya.

“Impian menjadi kenyataan. Saya melihat badan saya dan masih belum puas. Saya gembira kerana menarik perhatian orang ramai,” kata lelaki itu.

Segato, pekerja binaan berusia

48 tahun dan berasal dari

Sao Paulo,

Brazil, mula menyuntik minyak pada ototnya lima tahun lalu. Sejak itu, lengannya membesar dua kali ganda dan dia mahu ia membesar lagi.

“Saya bangga apabila ada orang memanggil saya ‘He-Man’ atau ‘gergasi’,” katanya.

Ketika remaja, Segato menagih dadah, menyebabka­n dia kurus kering.

“Saya mengambil keputusan untuk berubah.

Saya mula ke gym.

Seorang rakan kemudian memperkena­lkan saya kepada sintol dengan berkata, kesan penggunaan minyak itu lebih ekstrim daripada angkat berat sahaja,” kata Segato.

Dia mula menyuntik minyak itu pada lengan, dada dan bahu.

“Minyak itu membuatkan otot saya bengkak. Tetapi ia tidak menyebabka­n kekuatan saya bertambah,” katanya. Segato berkata, beberapa doktor memberitah­unya supaya berhenti menggunaka­n minyak itu kerana ia boleh menyebabka­n kematian atau masalah kesihatan serius.

“Tetapi ini keputusan saya. Saya sukakan keadaan saya ketika ini,” kata lelaki itu.

Keadaan ototnya yang begitu besar bagaimanap­un menyebabka­n dia sukar mencari cinta.

“Wanita mungkin takut melihat otot saya yang begitu besar,” katanya.

Walaupun menjadi perhatian, Segato tidak menafikan dia kadang kala menjadi bahan lawak.

“Paling teruk ialah apabila ada orang berhenti dan mengejek. Tetapi saya tidak kisah kerana saya memang ingin begini,” katanya.

Beberapa rakannya juga bimbang dengan keadaan Segato.

Seorang rakan, Fernando Carvalho da Silva berkata: “Dia bertindak bodoh. Tetapi dia sukakannya. Sebagai rakan, saya hanya mendiamkan diri. Namun, di dalam hati, saya ingin memberitah­unya supaya berhenti menggunaka­n minyak itu.

“Tetapi saya pasti dia tidak akan dengar kerana dia memang mahu kelihatan seperti itu.”

 ??  ?? SEGATO tidak mempedulik­an nasihat doktor dan rakan supaya berhenti menyuntik minyak pada ototnya.
SEGATO tidak mempedulik­an nasihat doktor dan rakan supaya berhenti menyuntik minyak pada ototnya.
 ??  ?? SEGATO menyuntik minyak pada ototnya supaya ia membesar. Bagaimanap­un, ia tidak akan membantu meningkatk­an kekuatanny­a.
SEGATO menyuntik minyak pada ototnya supaya ia membesar. Bagaimanap­un, ia tidak akan membantu meningkatk­an kekuatanny­a.
 ??  ?? KEADAAN otot di belakang bahu Segato.
KEADAAN otot di belakang bahu Segato.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia