Harian Metro

Video ‘roh’ dianggap palsu

-

Bangkok: Satu rakaman video kononnya menunjukka­n ‘roh’ keluar dari badan seorang pembonceng motosikal yang mati dalam satu kemalangan ngeri menjadi viral di media sosial di Thailand.

Dalam babak selepas kemalangan membabitka­n sebuah trak dengan motosikal itu, satu bayang samar-samar dilihat terapung di atas mayat mangsa.

Pengkritik bagaimanap­un menyelar video itu dengan mendakwa imej berkenaan diwujudkan menggunaka­n Photoshop.

Kamera litar tertutup di luar Kem Phibun Songkram di Lopburi merakam kemalangan itu.

Sebuah trak merempuh motosikal terbabit, menyebabka­n pembonceng­nya terbunuh di tempat kejadian.

Sejurus selepas kemalangan itu, satu bayang samar-samar muncul.

Ia tidak bergerak walaupun beberapa orang meluru untuk membantu mangsa.

Akhbar tempatan mengesahka­n kemalangan itu dan pembonceng motosikal yang terbunuh itu dikenal pasti seorang gadis bernama Manee. - Agensi

 ??  ?? PERDANA Menteri Thai,
Prayuth Chan-ocha menghulurk­an bantuan kerajaan kepada penduduk yang terjejas banjir ketika melawat kawasan
dinaiki air di daerah Sena di Ayutthaya, semalam. Reuters
PERDANA Menteri Thai, Prayuth Chan-ocha menghulurk­an bantuan kerajaan kepada penduduk yang terjejas banjir ketika melawat kawasan dinaiki air di daerah Sena di Ayutthaya, semalam. Reuters
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia