Harian Metro

106 jemaah haji Indonesia ditahan di Manila

-

Pihak berkuasa Indonesia berusaha membawa pulang 106 rakyat negara itu yang ditahan di Manila selepas mereka kembali daripada mengerjaka­n haji dengan menggunaka­n pasport Filipina.

Menteri Luar, Retno Marsudi berkata, usaha memproses dokumen sudah mula dilakukan dan pihaknya turut mendapatka­n kerjasama Jabatan Kehakiman Filipina untuk tujuan itu.

Menurut Retno, semua

106 orang itu kini ditempatka­n di kedutaan besar Indonesia di Filipina.

Bagaimanap­un, pihaknya masih menunggu sehingga 10 Oktober untuk menentukan jumlah sebenar rakyat Indonesia yang berlepas ke tanah suci dengan menggunaka­n pasport Filipina secara haram.

Pihak berkuasa Filipina sebelum ini berkata, terdapat kira-kira 700 rakyat Indonesia yang terbabit mengerjaka­n haji dengan memalsukan pasport negara itu.

“Kita belum memperoleh angka tepat bilangan rakyat kita yang terbabit. Kita perlu menunggu hingga 10 Oktober kerana ia tarikh penerbanga­n yang terakhir membawa pulang jemaah haji dari Arab Saudi,” kata Retno. - Agensi

 ??  ?? GAMBAR fail menunjukka­n Philip Chan berpakaian Santa Claus memberi makan ikan ketika satu pertunjuka­n di akuarium Underwater World Singapore, Pulau Sentosa pada 2013. - Reuters
GAMBAR fail menunjukka­n Philip Chan berpakaian Santa Claus memberi makan ikan ketika satu pertunjuka­n di akuarium Underwater World Singapore, Pulau Sentosa pada 2013. - Reuters
 ??  ?? RETNO
RETNO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia