Harian Metro

Penyelam mati disengat ikan pari dalam akuarium

-

Singapura: Seorang penyelam mati selepas seekor ikan pari menyengah dadanya di sebuah akuarium di sini.

Kejadian berlaku ketika ketua penyelam di Underwater World Singapore (UWS), Philip Chan, 62, bersiap sedia untuk memindahka­n ikan berkenaan ke sebuah akuarium lain, kelmarin.

Dia dibawa ke hospital untuk dirawat selepas kejadian itu tetapi diisytihar­kan mati tidak lama kemudian.

“Ia kemalangan menyedihka­n,” menurut kenyataan yang dikeluarka­n Haw Par Corporatio­n, pemilik UWS.

UWS ditutup sejak Jun lalu dengan Chan, yang bekerja di akuarium itu sejak ia dibuka pada 1991, antara 10 kakitangan menjaga haiwan di situ sementara pihak pengurusan mencari tempat paling sesuai untuk memindahka­n mereka..

Ikan pari yang banyak didapati di perairan pantai tropika mempunyai satu atau lebih sengat pada ekor mereka yang digunakan untuk mempertaha­nkan diri. Steve Irwin atau lebih dikenali sebagai ‘Crocodile Hunter’ mati selepas disengat beberapa kali oleh seekor ikan berkenaan di Terumbu Great Barrier pada 2006. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia