Harian Metro

Bayi 2 kepala

- Agensi

Kanak-kanak dilahirkan di India meninggal dunia selepas dibawa pulang ke rumah

Seorang bayi lelaki yang dilahirkan dengan dua kepala meninggal dunia 32 jam kemudian. Bayi itu dilahirkan pagi Isnin lalu oleh ibunya yang berusia 20 tahun di Kolej Perubatan Jawaharlal Nehru di Ajmer, Rajasthan, utara India, dengan berat kira-kira 2.5 kilogram.

Penolong profesor di jabatan perubatan paediatrik, Dr Jaiprakash Narayan berkata, bayi berkenaan berada dalam keadaan sihat ketika dilahirkan.

“Ia anak pertama pasangan terbabit. Itu yang menyebabka­n mereka tidak menjalani pemeriksaa­n ketika hamil,” katanya.

Menurutnya, dia menimbang untuk menjalanka­n pembedahan terhadap bayi itu tetapi akhirnya berpendapa­t, prosedur itu terlalu rumit.

“Pembedahan boleh dilakukan terhadap beberapa kes kembar Siam. Tetapi, dalam kes ini, ia hampir tidak mungkin dapat dilakukan.

“Walaupun mempunyai dua pasang semua organ dalaman, semuanya terperangk­ap dalam satu badan.

Selain itu, bayi berkenaan hanya mempunyai dua tangan dan dua kaki. Anda tidak boleh memisahkan kanak-kanak seperti itu,” kata Narayan.

Sebaik dilahirkan, bayi itu dimasukkan ke unit rawatan rapi.

Bagaimanap­un, ibu bayi itu dan suaminya yang berusia 24 tahun mengambil keputusan meninggalk­an hospital dengan membawa pulang anak mereka walaupun berdepan dengan cabaran dan diberi amaran oleh kakitangan hospital.

Dia akhirnya meninggal dunia tidak lama selepas tiba di rumah.

 ??  ?? BAYI yang dilahirkan dengan dua kepala di India meninggal dunia 32 jam selepas dilahirkan.
BAYI yang dilahirkan dengan dua kepala di India meninggal dunia 32 jam selepas dilahirkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia