Harian Metro

Taufan Matthew ragut 9 nyawa

-

Port-au-Prince (Haiti): Taufan Matthew, ribut paling buruk Carribean sepanjang 10 tahun lalu dilapor menghala ke Bahamas semalam selepas menyebabka­n kematian sembilan orang ketika ia membadai Haiti dan Cuba.

Jauh di utara, pemindahan pertama diarahkan di Amerika Syarikat ketika penduduk di kawasan pantai bersiap sedia untuk menghadapi taufan itu yang dijangka melanda pantai timur negara itu beberapa hari lagi.

Di Haiti, banjir teruk dan angin kencang menyebabka­n kemusnahan besar di negara paling buruk di benua Amerika itu.

Pegawai masih gagal untuk berhubung dengan penduduk di selatan negara itu selepas hubungan telekomuni­kasi terputus.

Keadaan menjadi lebih teruk apabila sebuah jambatan runtuh menyebabka­n satu-satunya hubungan jalan raya menghubung­kan Port-au-Prince dengan wilayah selatan terputus.

Setakat ini, jumlah kematian masih sembilan - lima di Haiti dan empat di Republik Dominica. Ia bagaimanap­un dijangka meningkat dengan taufan itu menghala ke utara.

Penilaian terhadap kerosakan di Haiti, tidak termasuk di daerah Grande Anse, yang menjadi sasaran tepat taufan itu menunjukka­n 14,500 orang kehilangan tempat tinggal.

Jumlah itu juga dijangka meningkat apabila hubungan disambung semula di kawasan yang terputus.

Di Cuba, Matthew membadai bahagian timur negara itu petang kelmarin (waktu tempatan).

Taufan itu kemudian menghala ke timur laut pulau itu dan menuju ke utara dengan kelajuan 17 kilometer sejam, menurut Pusat Taufan Kebangsaan Amerika Syarikat.

“Angin kencang dan hujan lebat kini melanda di Bahamas, lapor pusat berkenaan.

Pihak berkuasa Florida, Carolina Selatan, Carolina Utara dan Georgia sudah mengisytih­arkan darurat bagi menghadapi taufan itu.

Kira-kira 1.1 juta penduduk di Carolina Selatan sudah diarah berpindah dari kawasan pantai. Mereka dibawa ke sekurang-kurangnya 160 kilometer jauh ke darat. - Agensi

 ??  ?? SEORANG lelaki meredah banjir di Fonds Parisiens, barat Haiti. Banjir
berlaku selepas taufan Matthew membadai negara itu lewat kelmarin.
SEORANG lelaki meredah banjir di Fonds Parisiens, barat Haiti. Banjir berlaku selepas taufan Matthew membadai negara itu lewat kelmarin.
 ??  ?? PENDUDUK berjalan melintasi sampah sarap
Haiti. di Port-au-Prince,
PENDUDUK berjalan melintasi sampah sarap Haiti. di Port-au-Prince,

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia