Harian Metro

Gates masih paling kaya

-

New York: Bill Gates mengekalka­n statusnya sebagai lelaki terkaya di Amerika Syarikat tahun ini dengan nilai bersih hartanya berjumlah AS$81 bilion (RM336 bilion), lapor majalah Forbes.

Majalah itu mengumumka­n senarai tahunannya mengenai orang paling kaya di Amerika Syarikat, semalam, dengan ramai nama terkenal di tempat teratas.

Pengasas Microsoft itu sekali lagi menduduki tempat teratas pada 2016, mengekalka­n kedudukan itu selama 23 tahun berturut-turut.

Tempat kedua melihat perubahan apabila pengasas Amazon, Jeff Bezos mengalahka­n Ketua Pengarah Eksekutif Berkshire Hathaway, Warren Buffett dengan nilai bersih hartanya sebanyak AS$67 bilion (RM278 bilion).

Buffett menduduki tempat kedua selama 15 tahun berturut-turut tetapi senarai semalam meletakkan­nya di tempat ketiga dengan nilai bersih hartanya sebanyak AS$65 bilion (RM269 bilion).

Dua lagi tersenarai dalam lima tempat teratas ialah pengasas Facebook Mark Zuckerberg AS$55.5 bilion (RM230 bilion) serta pengasas Oracle, Larry Ellison AS$49.3 bilion (RM204 bilion).

Donald Trump jatuh ke tempat 156 dengan hartanya sebanyak AS$3.7 bilion (RM15.3 bilion) kurang AS$800 juta (RM3.3 bilion) berbanding tahun lalu disebabkan kelembapan dalam pasaran hartanah New York. Agensi

 ??  ?? GATES
GATES

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia