Harian Metro

Penduduk tinggalkan Kunduz

- Reuters

Ribuan penduduk wilayah Kunduz melarikan diri atau berdepan keadaan yang semakin buruk berikutan pertempura­n yang semakin sengit antara tentera Afghanista­n dengan militan Taliban yang masuk hari ketiga, kata pihak berkuasa, semalam.

Gabenornya, Asadullah Amarkhel berkata: “Kebanyakan orang awam meninggalk­an Kunduz untuk ke daerah dan wilayah berhampira­n. Tiada bekalan air, elektrik atau makanan di sini. Kebanyakan kedai ditutup.”

Ketua polis Kunduz, Qasim Jangalbagh berkata, tentera kerajaan dibantu pasukan khas dan serangan udara Amerika Syarikat (AS) berjaya mengusir Taliban dari bandar itu, walaupun prosesnya mengambil masa lama.

“Namun keadaan di situ masih terlalu berbahaya untuk penduduk. Kami berdepan banyak masalah keselamata­n. Orang ramai tiada makanan, air atau keperluan lain. Itu yang

Pertempura­n tentera kerajaan, Taliban masuk hari ketiga

menyebabka­n mereka meninggalk­an bandar ini untuk ke tempat lebih selamat,” katanya.

Sementara itu, dalam kenyataan menerusi media sosial, Taliban menafikan dakwaan kerajaan berjaya menawan Kunduz.

Ia sebaliknya menuduh tentera Afghanista­n dan Amerika Syarikat menganiaya­i orang awam.

Seorang penduduk yang meninggalk­an wilayah itu, Haji Hasem berkata: “Kunduz sudah terkepung. Jika kami tidak mati dalam pertempura­n, pasti kami mati kerana lapar dan dahaga.”

 ??  ?? PENDUDUK Kunduz meninggalk­an bandar berkenaan berikutan pertempura­n yang berpanjang­an dan kekurangan makanan serta air bersih di bandar itu.
PENDUDUK Kunduz meninggalk­an bandar berkenaan berikutan pertempura­n yang berpanjang­an dan kekurangan makanan serta air bersih di bandar itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia