Harian Metro

HAMILTON PERLU TENANG

- AFP

„ Pelumba British itu tuntut penjelasan daripada Mercedes

Lewis Hamilton perlu menenangka­n fikirannya sepantas mungkin di Jepun hujung minggu ini selepas kebakaran enjin menyebabka­n juara dunia itu meradang di Malaysia.

Hamilton berang dan menuntut penjelasan daripada pasukan Mercedes selepas harapannya untuk menyekat momentum Nico Rosberg berakhir Ahad lalu, membolehka­n Daniel Ricciardo mengetuai kejayaan satu-dua Red Bull kali pertama dalam tempoh hampir tiga tahun.

Ketika Rosberg menjarakka­n kelebihan kepada 23 mata dalam ranking pemandu dengan berbaki lima perlumbaan berikutan penamat tangga ketiganya, Hamilton radang dengan nasib buruknya dan mengancam untuk berbalah dengan pasukan Mercedes apabila menyatakan kemungkina­n ada konspirasi menentangn­ya.

“Soalan saya kepada Mercedes,” tegas Hamilton selepas Sepang, bertanyaka­n kenapa daripada lapan kereta di grid yang menggunaka­n enjin Mercedes, hanya jentera miliknya bermasalah musim ini.

“Ada lapan pemandu dan jentera saya saja yang sering mengalami kegagalan. Seseorang perlu memberiban­gkit kan saya jawapan dan ia tidak boleh diterima. Jelas ada yang mahu saya tidak menang tahun ini.”

Hamilton hanya ada beberapa hari untuk menenangka­n fikirannya sebelum Jepun, namun dia boleh mendapat penawar kerana hakikatnya dia sudah menang tiga kali di Jepun dan akan memburu kemenangan hatrik, juga yang ke-50 dalam karier F1 di Suzuka, Ahad ini.

Prinsipal pasulan Mercedes, Toto Wolff menganggap masalah enjin Hamilton “sesuatu yang tidak disengajak­an” dan mencabar pemandu Britain itu supaya merebut kejuaraan.

“Petugas kami akan mencari penyelesai­an mengenai apa yang berlaku dan belajar daripadany­a,” janji Wolff. “Tapi saya mahu fokus bagaimana Lewis bangkit selepas kejadian itu. Kami mengecewak­annya hari ini dan kami akan cuba membantuny­a.”

Selepas menenangka­n diri, Hamilton berkata: “Secara jujur saya rasa ia satu ujian terhadap ketabahan, semangat dan siapa saya sebagai individu untuk bangkit dan berjuang. Ia bukan mengenai bagaimana anda jatuh, ia bagaimana anda bangkit semula.”

Sepanjang minggu yang membingung­kan di Sepang, Hamilton turut merintih mengenai “kesan psikologi” berpisah dengan kru kejuaraann­ya apabila lima mekaniknya tahun lalu berpindah ke garaj Rosberg.

 ?? Lewis Hamilton ?? Ada lapan pemandu dan jentera saya saja yang sering mengalami kegagalan. Seseorang perlu memberikan saya jawapan dan ia tidak boleh diterima. Jelas ada yang mahu saya tidak menang tahun ini”
Lewis Hamilton Ada lapan pemandu dan jentera saya saja yang sering mengalami kegagalan. Seseorang perlu memberikan saya jawapan dan ia tidak boleh diterima. Jelas ada yang mahu saya tidak menang tahun ini”
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia