Harian Metro

Poker FT, Nik Joe juara Perlis

-

„ Empat pasukan terbaik kibar cabaran ke peringkat Grand Final di Kuala Lumpur

Futsal Centre, Perlis bagaikan gelanggang tuah buat skuad futsal Poker FT apabila muncul juara selepas membenam cabaran KSMR Jr 3-1 pada final Karnival Futsal Milo Hidup Bola 2016 kategori bawah 16 tahun.

Sebelum itu pada saingan separuh akhir Poker FT terpaksa melalui saat getir apabila menerima asakan hebat pasukan Bukit Chedang dari Negeri Sembilan sebelum menang tipis 1-0 manakala KSMR Jr turut bekerja keras sebelum mengatasi RSJ juga dengan jaringan sama.

Kegembiraa­n Poker FT bertambah apabila pemain mereka, Muhamad Aidil Ikhmal dianugerah pemain terbaik final manakala Muhamad Afif dinobat penjaga gol terbaik.

Hasil kejayaan itu mereka menerima wang tunai RM800, pingat, barangan Milo-Figos manakala KSMR Jr menerima RM600, pingat, barangan Milo-Figos selaku naib juara. Kedudukan ketiga bersama milik Bukit Chedang dan RSJ masing-masing menerima RM400, pingat, barangan Milo-Figos.

Kategori B-12, juara menjadi milik skuad Nik Joe apabila menumpaska­n RHA Putra ‘A’ dari Pulau Pinang 3-2 pada perlawanan akhir.

Saingan separuh pertama Nik Joe melangkah ke final apabila menang tipis 1-0 ke atas skuad Kenari Kids ‘A’ manakala satu saingan separuh akhir RHA Putra ‘A’ mengalahka­n Nibong Jr ‘A’ juga dengan jaringan 1-0.

Muhamad Asyraf dari pasukan RHA Putra ‘A’ dinobat pemain terbaik perlawanan akhir manakala Addie Iskandar Mat Nasir dianugerah penjaga gol terbaik.

Empat pasukan terbaik peringkat negeri Perlis menjadi milik Poker FT, KSMR Jr, Nik Joe dan RHA Putra ‘A’. Mereka akan mengibar bendera Perlis layak beraksi di peringkat Grand Final di Sports Planet Subang, Kuala Lumpur pada 27 November ini.

Juara peringkat Grand Final akan menerima RM15,000, trofi, pingat, barangan Milo-Figos manakala naib juara menerima RM10,000, pingat, barangan Milo-Figos. Kedudukan ketiga bersama masing-masing menerima RM7,000, pingat dan barangan penaja.

Pengurus Pemasaran Sukan Nestle Product Sdn Bhd, Ng Ping Loong berkata lokasi peringkat Grand Final tahun ini berubah akan diadakan di Sports Planet Subang bukannya di Sports Planet Ampang.

“Kami berharap semua pasukan bertanding sedia maklum lokasi sebenar saingan grand final bukan lagi di Sports Planet Ampang.

“Memandangk­an ada sedikit masalah penempatan pemain luar Lembah Klang di venue sebelum ini maka kami mengambil keputusan memilih penempatan baharu di sekitar Subang,” katanya.

Lokasi pencarian empat pasukan terbaik seterusnya akan diadakan di Arena Sports Centre, Kuala Terengganu pada 15 Oktober ini diikuti Safira Sports Planet pada 22 Oktober, Planet Sports Centre, Kuantan (29 Oktober), Manjung Indoor Sports Arena, Perak (5 November), Sports Planet Subang (12 November).

Maklumat lanjut sila layari www.milo.com.my atau hubungi Nik Radzi di talian 019-3519934 dan 019-9444334.

 ??  ?? PASUKAN terbaik kedua-dua kategori bergambar pada kemuncak program di D'Futsal Centre, Perlis.
PASUKAN terbaik kedua-dua kategori bergambar pada kemuncak program di D'Futsal Centre, Perlis.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia