Harian Metro

Mac FC ungguli futsal Terbuka Melaka

- Nazri Abu Bakar sukan@hmetro.com.my

Melaka: Pasukan Mac FC dari Melaka Tengah muncul juara Kejohanan Futsal Terbuka Melaka selepas menewaskan Arena FM 3-1 di gelanggang Futsal Cheng, baru-baru ini.

Kejohanan anjuran Unit Sahabat Belia, Jabatan Ketua Menteri (JKM) dengan kerjasama Kelab Bell Belia Tamil Bukit Beruang itu membabitka­n 32 penyertaan pasukan terbaik di negeri ini.

Selaku juara, Mac FC membawa pulang RM1,200 dan Arena FM pula RM800 dengan masing-masing menerima medal dan sijil yang disampaika­n Pengurus Besar Unit Sahabat Belia JKM Sha’ari Shamsudin.

Tempat ketiga dan keempat pula milik Syok Je FC dan Wajihan FC yang masing-masing memenangi RM500 dan RM300 serta medal dan sijil.

Sementara itu, Sha’ari berkata, kejohanan bertujuan mendedahka­n bakat baru dalam sukan terbabit selain berjaya mengeratka­n hubungan antara semua kaum yang mengambil bahagian.

Katanya, sokongan penyertaan pasukan dari agensi kerajaan, swasta, pelajar sekolah menengah dan penuntut pusat pengajian tinggi awam dan swasta nyata amat menggalakk­an dalam memastikan pembentuka­n generasi sihat dan cergas.

 ??  ?? PASUKAN Mac FC dan Arena FM (jersi putih) sebelum aksi final futsal di Cheng, Melaka.
PASUKAN Mac FC dan Arena FM (jersi putih) sebelum aksi final futsal di Cheng, Melaka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia