Harian Metro

Langkawi lebur dominasi KMY

- Hamzah Osman sukan@hmetro.com.my

Langkawi: Pasukan Langkawi menamatkan penguasaan tiga tahun berturut-turut Kuala Muda/Yan (KMY) apabila menang 19-17 pada final Pertanding­an Bola Jaring sempena Pesta Persatuan Sukan dan Kebudayaan Perkhidmat­an Pelajaran Kedah (PSKPPK) 2016.

Terdahulu, kedua-dua pasukan mempamer aksi sengit dan mendebarka­n dalam perlawanan yang berlangsun­g di D’Futsal Centre, Titi Gajah, Alor Setar, minggu lalu.

Bagaimanap­un, corak permainan pantas nyata memberi kelebihan kepada Langkawi untuk muncul juara baharu selepas kali terakhir muncul juara pertanding­an sama pada 2010.

Pada peringkat separuh akhir, Langkawi mengalahka­n Baling/Sik (BS) 9-3 manakala KMY mengatasi Kota Setar (KS) 9-8.

Kejayaan itu membolehka­n Langkawi dan KMY membawa pulang medal dan sijil penyertaan, manakala tempat ketiga dikongsi bersama BS dan KS.

Sebanyak lapan pasukan mengambil bahagian pada pertanding­an yang berlangsun­g selama dua hari itu yang bertujuan mengeratka­n ikatan silaturahi­m antara warga pendidikan di Kedah.

Hadiah kepada semua pemenang disampaika­n Penyelia Sukan Jabatan Pendidikan Kedah Shabinar Abd Halim.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia