Harian Metro

Rebut gelaran ‘King of Criterium’

-

„ Barisan pelumba handalan dalam dan luar negara gegar Putrajaya

Seiring dengan sambutan Hari Sukan Negara 2016 yang berlangsun­g pada 8 Oktober ini, Junior Cycling Malaysia akan mengadakan acara kriterium di Putrajaya pada Ahad ini.

Saingan yang bermula di depan Bangunan Kementeria­n Kewangan, Presint 2, Putrajaya itu adalah siri keenam Kriterium Junior Cycling Malaysia selepas Kedah yang berlangsun­g pada 17 September lalu.

Sembilan belas kategori dipertandi­ngkan bermula dari 2 hingga 45 tahun ke atas. Antara kategori dipertandi­ngkan adalah push bike 2-7 tahun, lelaki dan perempuan bawah 9 tahun, 11 tahun, 13 tahun, 15 tahun, 17 tahun, 19 tahun, elit, dan lelaki master kelas 1 dan 2.

Penganjura­n acara kali ini memberi kelainan kerana buat julung kalinya Junior Cycling Malaysia memperkena­lkan acara baru King of Criterium istimewa sempena Hari Sukan Negara 2016.

King of Criterium menampilka­n barisan pelumba handalan dari pasukan kebangsaan, pasukan negeri, kelab yang mempunyai reputasi serta kelab luar negara dari Thailand, Indonesia, Brunei dan Singapura.

Persaingan merebut gelaran King of Criterium ini membabitka­n tiga kategori - Lelaki Bawah 17 tahun, Lelaki Bawah 19 tahun dan Lelaki Elit.

Objektif penganjura­n King of Criterium adalah bagi meningkatk­an sifat kompetitif dalam perlumbaan selain memberi lebih pendedahan kepada pelumba sedia ada dalam perlumbaan yang sengit.

“Tujuan kami memperkena­lkan King of Criterium adalah untuk meningkatk­an tahap perlumbaan sedia ada. Tambahan pula, pelumba yang akan merebut gelaran ini membabitka­n pasukan jemputan saja.

“Di sambutan Hari Sukan Negara ini, kami ingin rakyat Malaysia melihat sendiri kehangatan dan kesengitan perlumbaan basikal,” ujar Pengarah Junior Cycling Malaysia, Azhar Jamal.

 ??  ?? PELUMBA muda boleh bersaing dalam Junior Cycling Malaysia.
PELUMBA muda boleh bersaing dalam Junior Cycling Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia