Harian Metro

‘Seperti tak dihargai’

- Aida Adilah Mat aida_adilah@hmetro.com.my

Jurulatih pecut kebangsaan Mohd Poad Kassim merasakan penat lelah beliau membawa pulang lima pingat emas ketika temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak bagaikan tidak dihargai.

Beliau hanya diberikan ganjaran RM1,000 untuk lima emas dan satu rekod kebangsaan oleh Majlis Sukan Negeri Melaka.

Perkara itu jelas mengecewak­an Poad ketika jurulatih negeri lain dilaporkan menerima insentif bernilai RM5,000 dari Majlis Sukan Negeri masing-masing.

Katanya, untuk berjaya memerlukan tempoh panjang, selain banyak yang perlu dikorbanka­n dari segi tenaga, masa, wang ringgit, semata-mata bagi membawa atlet jagaannya berada pada tahap terbaik.

“Saya diberitahu jurulatih negeri lain seperti Terengganu menerima RM5,000. Tapi MSN Melaka memberikan insentif RM1,000 kepada jurulatih manakala pengurus pasukan S Kanabathy hanya RM500.

“Olahraga memerlukan komitmen dari banyak segi, tapi sebutir emas kami dinilai hanya dengan RM200.

“Saya melatih atlet Melaka ini bukan sekejap. Bertahun-tahun. Pemakanan, wang ringgit, penat lelah, tenaga dan masa dengan keluarga juga terhad demi memastikan mereka berjaya,”

„ Poad kecewa dengan layanan Majlis Sukan Negeri Melaka terhadap dirinya

katanya.

Anak buah Poad meraih emas acara 100, 200, 400, 4x100 dan 4x400m selain memecahkan rekod kebangsaan berusia 18 tahun bagi acara pecut 100m.

Katanya, ganjaran RM1,000 itu juga diberikan kepada jurulatih lain yang anak didik mereka meraih emas kerana pada dasarnya jawatankua­sa MSN Melaka hanya memberi hadiah kemenangan kepada atlet saja.

Terdahulu pelari terpantas negara Khairul Hafiz Jantan atau ‘Speedy Jantan’ menjadi penerima terbanyak insentif Kerajaan Melaka dengan RM28,666.66.

Khairul

memperoleh RM10,000 apabila memenangi emas acara 100m dan 200m selain tambahan RM10,000 apabila memecah rekod kebangsaan acara 100m dan RM5,000 bagi mengatasi rekod SUKMA acara 200m.

Dia turut berkongsi hadiah kemenangan untuk emas acara 4x100 dan 4x400m berjumlah RM2,000 serta berkongsi insentif kerana memecah rekod SUKMA untuk kedua-dua acara itu yang berjumlah RM1,666.66.

Melaka berada pada kedudukan ke-10 keseluruha­n pungutan pingat SUKMA apabila memperoleh 18 emas, 11 perak dan 28 gangsa.

 ??  ?? KHAIRUL Hafiz (tengah) berkongsi kegembiraa­n bersama rakan seperjuang­anya, Badrul Hisyam Abd Manap dan Poad (kanan) selepas menerima sijil Malaysia Books of Records sebagai pelari terpantas dalam 100 meter dengan catatan 10.18 saat di Pejabat Malaysia...
KHAIRUL Hafiz (tengah) berkongsi kegembiraa­n bersama rakan seperjuang­anya, Badrul Hisyam Abd Manap dan Poad (kanan) selepas menerima sijil Malaysia Books of Records sebagai pelari terpantas dalam 100 meter dengan catatan 10.18 saat di Pejabat Malaysia...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia