Harian Metro

Atlet enggan uji sampel B

-

Kuala Lumpur: Atlet angkat berat yang positif menggunaka­n bahan terlarang jenis anabolic steroids sewaktu temasya Sukan Malaysia (SUKMA) di Sarawak, Julai lalu akur dengan keputusan itu dan tidak mahu menguji sampel B.

Setiausaha Kehormat Persatuan Angkat Berat Malaysia (PABM) Pang Siew Huat berkata pihaknya dimaklumka­n perkara itu menerusi perbualan telefon namun pihaknya tetap mahukan jawapan bertulis daripada persatuan angkat berat negeri sebagai prosedur.

“Minggu depan adalah tempoh terakhir untuk mereka menghantar jawapan bertulis kepada kami (PABM). Saya tidak boleh beritahu nama atlet itu kerana perlu ikut prosedur.

“Walaupun

memenangi pingat di SUKMA, dia tidak mahu membuka sampel B. Atlet itu sudah bekerja dan banyak kali menyertai SUKMA,” katanya.

Selain atlet angkat berat itu, tiga pemenang pingat SUKMA Sarawak, turut disahkan gagal ujian doping yang dijalankan Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS) dari 20-30 Julai lepas.

Mereka adalah dua atlet memanah dan seorang petinju yang didapati positif mengambil bahan terlarang masing-masing sibutramin­e dan diuretics.

Siew Huat berkata hukuman kepada atlet didapati positif doping berbeza-beza iaitu minimum dua tahun dan maksimum empat. BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia