Harian Metro

Impian Malaysian Tigress berkubur Skuad hoki remaja jumpa England pada aksi pertama

-

Klinschmid­t (30) dan Russell Ford (34), sebelum Muhammad Najmi Farizal Jazlan menyempurn­akan pukulan sudut penalti pada minit ke-50 untuk go saguhati negara.

Sementara itu, Malaysia B (skuad pembanguna­n) mengakhiri saingan Kumpulan B dengan meraih mata pertama apabila mencatat keputusan seri 1-1 bertemu Tassie Tigers.

Pasukan lawan terlebih dulu menjaringk­an gol melalui Eddie Ockenden pada minit ke-23 sebelum Faizal Saari menyamakan kedudukan juga melalui cara sama pada minit ke-43. Kuala Lumpur: Skuad remaja negara akan membuka cabaran mereka menentang England di Kejohanan Hoki Piala Sultan Johor di Stadium Hoki Taman Daya di Johor Bahru.

Kejohanan membabitka­n barisan remaja menggunaka­n format liga sepusingan dari 31 Oktober hingga 6 November itu disertai enam negara.

Selain Malaysia dan England, empat negara lain yang turut serta adalah Australia, New Zealand, Pakistan dan Jepun.

Kecuali Malaysia, kesemua negara lain menggunaka­n kejohanan itu sebagai persiapan menghadapi Piala Dunia Remaja yang akan diadakan di Uttar Pradesh, India dari 8-18 Disember ini.

Persatuan Hoki Johor dalam

„ Tak tenang punca kecundang di tangan Victoria Vipers

kenyataan semalam berkata selepas menentang England, Malaysia akan berdepan Australia (1 November), Pakistan (2 November), Jepun (4 November) dan New Zealand (5 November).

“Ini kejohanan yang mencabar kerana pasukan lain sedang melakukan persiapan untuk Piala Dunia.

“Kami akan memberi tumpuan kepada satu demi satu perlawanan dan saya sudah mempunyai gambaran barisan pemain yang akan mendukung cabaran negara di kejohanan itu nanti,” kata jurulatih skuad pembanguna­n negara, Wallace Tan.

Ketika ini seramai 14 pemain negara yang layak beraksi untuk kejohanan itu, beraksi dalam Liga Hoki Australia bersama pasukan senior dan skuad pembanguna­n.

Mereka ialah Najmi Farizal Azlan, Nik Aiman Nik Rozemi dan Najib Hassan yang kini bersama pasukan senior negara.

Baki pemain lain yang bersama skuad pembanguna­n kendalian Wallace pula ialah Rizwan Azmi, Firdaus Omar, Lukman Nur Hakim, Nor Azmi Rahman, Syed Shafiq Syed Choulan, Amirul Aideed, Ashran Hamsani, Rafizul Ezry Mustafa, Norsyafiq Sumantri, Sufi Ismat Rohulmin dan Akhimullah Anuar.

Piala Sultan Johor adalah satu-satunya kejohanan jemputan remaja yang diadakan secara tahunan sejak diperkenal­kan pada 2011 yang menyaksika­n Malaysia muncul juara. BERNAMA

 ??  ?? PEMAIN negara, Raja Norsharina Raja Shahbudin terjatuh selepas diasak pertahanan Victoria Vipers.
PEMAIN negara, Raja Norsharina Raja Shahbudin terjatuh selepas diasak pertahanan Victoria Vipers.
 ??  ?? PENYERANG negara, Meor Azuan Meor Hasan cuba memperdaya pertahanan Victorian Vikings dalam saingan Liga Hoki Australia (AHL).
PENYERANG negara, Meor Azuan Meor Hasan cuba memperdaya pertahanan Victorian Vikings dalam saingan Liga Hoki Australia (AHL).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia