Harian Metro

‘Masih banyak kelemahan’

-

Perth: Skuad hoki lelaki negara mengakhiri saingan Kumpulan A Liga Hoki Australia (AHL) dengan tumpas kepada Victorian Vikings 1-4 di Stadium Hoki Perth semalam.

Selepas tersingkir daripada beraksi di separuh akhir AHL kelmarin, pasukan bimbingan Stephen Van Huizen tidak dapat memperoleh kemenangan sagu hati dan hanya akan beraksi di penentuan tempat kelima hingga kelapan esok.

Menurut pemain pertahanan negara, Mohamad Izad Hakimi Jamaluddin, selepas berakhirny­a saingan peringkat kumpulan kelemahan paling ketara pasukan kebangsaan adalah memperbaik­i teknik asas seperti menahan dan melakukan hantaran bola.

“Kita juga harus memperkuat­kan bahagian tengah agar tidak kehilangan bola,” kata pemain kelahiran Perak itu.

Malaysian Tigers ketinggala­n 0-1 pada minit ke-20 apabila Josh Pollard menjaringk­an gol melalui jaringan padang dan enam minit kemudian pemain kebangsaan Australia, Chris Ciriello menyumbat gol kedua hasil pukulan sudut penalti.

Pasukan lawan menambah gol ketiga serta keempat melalui jaringan padang Aaron

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia