Harian Metro

‘Serah pada Okada’

- Saiful Affendy Sapran saifulaffe­ndy@hmetro.com.my

“BDemikian pandangan penolong pengurus Boon Siew Honda Motorsport­s Zulhelmi Ahmad mengenai khabar angin pelumba Moto3 negara Khairul Idham Pawi

akan bertukar ke kategori Moto2 musim depan.

Jelas Zulhelmi, pengurus Honda Team Asia itu lebih mengetahui prestasi semasa serta keupayaan Khairul dan bagi pihaknya, tiada sebarang halangan sekiranya benar pelumba yang mendapat gelaran Super KIP itu iarlah Tadayuki Okada yang membuat keputusan.”

(gambar)

berhijrah ke Moto2.

Khairul antara pelumba negara yang mempunyai kontrak dengan Boon Siew Honda dan berada di bawah program pembanguna­n Honda Team Asia.

“Dia memahami tahap kemampuan Khairul sedangkan kita di sini hanya melihat aksinya di televisyen.

“Masih belum ada sebarang kata putus Khairul akan berhijrah ke Moto2.

“Mungkin pasukan ada meletakkan namanya untuk menguji jentera Moto2 dan dia (Khairul) sendiri ada beritahu saya perkara itu.

“Apapun, keputusan kami nanti adalah berdasarka­n keputusan Khairul dan menerusi perbincang­an dengan semua pihak termasuk Okada,” katanya.

Jelas Zulhelmi, sekiranya benar Khairul ditawarkan ke Idemitsu Honda Team Asia, ia perkembang­an positif.

Ditanya mungkin ada yang mempersoal­kan kemampuan Khairul kerana baru semusim beraksi di Moto3, Zulhelmi mempunyai jawapan tersendiri.

“Sama juga macam tahun lalu, sebelum dia ke Moto3, Khairul ada menyatakan kerisauan tidak dapat beraksi dengan baik pada tahun pertamanya.

“Tapi kalau tidak mencuba,

„ Pengurus Honda Team Asia lebih tahu keupayaan Khairul

kita tidak akan tahu keupayaan diri.

“Bermakna, kalau diletakkan di mana-mana kategori pun, dia masih perlu belajar juga,” katanya.

Khairul menerusi laporan Arena Metro semalam menyatakan bersedia untuk mengambil peluang ke Moto2 sekiranya benar menerima tawaran berkenaan.

Pelumba berusia 18 tahun itu menjawab laporan media antarabang­sa yang menyatakan dia bakal berhijrah ke Idemitsu Honda Team Asia bagi menggantik­an tempat pelumba Thailand Ratthapark Wilairot yang gagal mempamerka­n prestasi memberangs­angkan.

Khairul mencipta sejarah untuk negara apabila menjuarai Grand Prix (GP) Argentina serta Jerman.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia