Harian Metro

Jing Yi tampil berbeza di Terbuka Thailand

-

Lumpur: Pemain perseorang­an wanita negara Tee Jing Yi dilihat kembali bersemanga­t selepas melalui detik hitam tersingkir awal pada Sukan Olimpik Rio, Ogos lalu.

Tampil beraksi di Terbuka Thailand, kejohanan pertama disertainy­a selepas Sukan Olimpik, Jing Yi berjaya melangkah ke pusingan kedua selepas menewaskan wakil

Indonesia

Rusydina Antardayu Riodingin 22-20, 21-8.

“Pada set pertama, lawan saya sering mendahului mata sehingga saya berjaya mendahului 20-19.

“Saya bermula agak perlahan set pertama dan sering melakukan kesilapan mudah. Tapi saya kembali bangkit dan memenangi set itu.

“Di set kedua, lawan saya sudah kehilangan rentak permainan. Jadi mudah untuk saya,” katanya.

Jing Yi menamatkan kempen Olimpik lebih awal selepas tewas perlawanan kedua peringkat kumpulan kepada pemain Jepun Akane Yamaguchi akibat kecederaan betis.

Mengulas mengenai pertemuan pusingan kedua hari ini bertemu Pornpawee Chochuwong, Jing Yi yang diletakkan selaku pilihan keenam mengaku perlawanan itu sukar.

“Saya tewas kedua-dua pertemuan dengannya sebelum ini. Harap esok (hari ini) dapat buat yang terbaik,” katanya.

 ??  ?? JING Yi
mara pusingan
kedua.
JING Yi mara pusingan kedua.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia