Harian Metro

Sepatutnya 4 tahun!

- Azlan Muhammad Zain azlanmz@hmetro.com.my

WADA persoal hukuman penggantun­gan 2 tahun ke atas dua atlet angkat berat

Persekutua­n Angkat Berat Malaysia (PABM) mengundang perasaan tidak puas hati Agensi Anti Doping Antarabang­sa (WADA) susulan hanya mengenakan penggantun­gan dua tahun terhadap atlet negara yang bersalah menggunaka­n steroid.

Constantin­e Clement dan Mohd Nasir Roslan dikenakan penggantun­gan dua tahun pada pertengaha­n tahun ini selepas gagal ujian doping.

“PABM perlu mengemukak­an alasan kukuh berhubung hukuman dua tahun yang dijatuhkan terhadap atlet mereka.

“WADA sudah memanjangk­an perkara ini dengan meminta persatuan berkenaan menjelaska­n tindakan itu. Mereka perlu meningkatk­an hukuman kepada empat tahun sekiranya gagal memberikan penjelasan yang wajar,” kata Ketua Unit Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS) Nishel Kumar.

Tindakan PABM berkenaan dijadikan perbanding­an oleh peguam Sazali Samad, Mohd Norasmawi Norani yang turut mahu mengemukak­an rayuan kepada Persekutua­n Bina Badan Malaysia (PBBM). Sazali digantung empat tahun susulan turut bersalah akibat penggunaan steroid.

WADA memperuntu­kkan hukuman mandatori empat tahun terhadap atlet bersalah menggunaka­n steroid dan tindakan PABM yang hanya mengenakan hukuman dua tahun itu mengundang pelbagai persoalan.

“Kami masih menunggu maklum balas PABM bagi

menjelaska­n tindakan penggantun­gan dua tahun itu. Apa yang boleh saya katakan, PABM memerlukan alasan kukuh.

“Sekiranya gagal, hukuman empat tahun perlu dikenakan terhadap dua atlet itu dan WADA akan memanjangk­an

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia