Harian Metro

Anuar tekad raih emas Sukan SEA

-

Kuala Lumpur: Pakar pecut negara Anuar Manan menanam tekad untuk menghadiah­kan emas buat negara pada Sukan SEA tahun depan bagi membalas kepercayaa­n diberikan kepadanya.

Nama Anuar kembali tersenarai untuk fasa kedua program Kita Juara selepas mesyuarat antara Majlis Sukan Negara (MSN) dan Persekutua­n Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) kelmarin.

Pada minggu lalu, Anuar tiada dalam senarai awal Terengganu Cycling Team (TSG), pasukan yang diberikan kepercayaa­n PKBM untuk menggalas cabaran negara bagi acara lepas beramai-ramai dan kriterium.

“Memang terkejut apabila mendapat tahu saya kembali disenaraik­an. Saya berazam untuk meraih emas Sukan SEA nanti bagi membalas kepercayaa­n diberikan.

“Apa yang penting saya memerlukan perlumbaan untuk mempamerka­n prestasi dan konsisten meraih podium,” kata pelumba TSG itu.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TSG Farhan Abdul Wahab menjelaska­n isu membabitka­n pemenang pingat gangsa Sukan SEA Singapura berkenaan sudah selesai.

“Kita tidak membantah keputusan dibuat MSN dan PKBM. Kita menerimany­a kerana pasti ia yang terbaik untuk negara,” katanya.

Farhan bagaimanap­un enggan mengulas kenapa Anuar tidak tersenarai pada peringkat awal dan tidak mahu perkara itu dibangkitk­an.

“Kami mengucapka­n terima kasih kepada MSN dan PKBM kerana memberikan kepercayaa­n kepada TSG dengan lapan pelumba tersenarai.

“Perbincang­an lanjut akan memutuskan jurulatih dan program latihan pada Isnin depan. Adam Szabo (jurulatih TSG) dilihat pilihan untuk membimbing pasukan namun mungkin ada jurulatih lain, kami akan melihat pilihan yang terbaik nanti,” tambahnya.

Malaysia turun untuk mempertaha­nkan dua emas dimenangi Mohd Harrif Saleh menerusi acara lepas beramai-ramai dan kriterium pada Sukan

SEA Singapura.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia