Harian Metro

‘Saya dah penat jawab’

- AFP

Wayne Rooney berjanji menerima apa saja peranan yang dimahukan pengurus England, Gareth Southgate selepas mengakui dia semakin penat dengan perdebatan mengenai posisi terbaiknya.

Rooney sudah menghabisk­an masa terbaik dalam karier gemilangny­a sebagai penyerang, namun dia ditugaskan di bahagian tengah oleh bos England Roy Hodgson pada Euro 2016 selepas menamatkan musim lalu bersama Manchester United di posisi sama.

Kehadiran Jose Mourinho di United untuk menggantik­an Louis van Gaal menyaksika­n Rooney kembali ke peranan asalnya sebagai penyerang.

Bagaimanap­un, kapten England itu lebih banyak beraksi di tengah pada kelayakan Piala Dunia menentang Slovakia bulan lalu.

Itulah perlawanan tunggal buat pengurus England Sam Allardyce sebelum pemecatan mengejutny­a minggu lalu dan ketika bos sementara Southgate sedia menamakan pasukannya bagi aksi kelayakan menentang Malta awal pagi Ahad ini, Rooney ditanya mengenai peranan disukainya sekali lagi.

“Saya tidak tahu, ia persoalan buat Gareth,” Rooney yang kelihatan agak marah menjawab pertanyaan wartawan, kelmarin.

“Persoalan di mana saya akan bermain... agak membosanka­n mengenai soalan sama ada saya akan bermain sebagai penyerang, di tengah atau sebagai pemain nombor 10.

“Saya sudah jawab soalan itu banyak kali dan ia jawapan yang sama: saya akan bermain di mana saja pengurus mahukan.

“Saya tidak memilih diri sendiri, saya tidak pernah menetapkan­nya untuk diri sendiri dan saya akan bermain mengikut arahan.

“Saya pasti arahan daripada Gareth, sama ada bermain atau tidak, adalah arahan yang saya akan turuti dengan kebolehan yang saya ada.”

„ Rooney sedia terima apa saja posisi diberikan Southgate

 ??  ?? ROONEY (dua kiri) giat berlatih bersama rakan sepasukan menjelang pertemuan dengan Malta. ROONEY (kiri) melayan peminat cilik selepas sesi latihan
England di St George’s Park.
ROONEY (dua kiri) giat berlatih bersama rakan sepasukan menjelang pertemuan dengan Malta. ROONEY (kiri) melayan peminat cilik selepas sesi latihan England di St George’s Park.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia