Harian Metro

WASPADA KEBANGKITA­N ‘LA ROJA’

- AFP

Milan

Pertahanan Itali, Leonardo Bonucci menjangkak­an Sepanyol yang “lebih bermotivas­i” akan tampil bagi mengubat kekecewaan berikutan tersingkir awal pada Euro 2016 apabila kedua-dua pasukan bertemu pada perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018 yang dinanti-nantikan di Turin, awal pagi esok.

Itali menerima kunjungan ‘La Roja’ di Stadium Juventus dalam pertembung­an pertama mereka sejak kekalahan 0-2 Sepanyol kepada Azzurri pada pusingan kedua di Stade de France, Jun lalu menamatkan impian mereka mencatat kejuaraan hatrik Euro.

Kedua-dua pasukan sejak itu mengalami perubahan jurulatih, Giampiero Ventura menggantik­an Antonio Conte di Itali manakala Julen Lopetegui mengambil alih tempat Vicente del Bosque.

Ketika Sepanyol membenam lapan gol membelasah pasukan kerdil Liechtenst­ein pada perlawanan pembukaan Kumpulan G di Leon bulan lalu, Itali yang beraksi dengan 10 pemain kembali dari Israel dengan tiga mata selepas menang 3-1 di Haifa.

Dalam perlawanan kompetitif kedua kendaliann­ya selepas menggantik­an Conte yang kini pengurus Chelsea pada musim panas lalu, Ventura kini tertekan untuk meneruskan rentak terbaik.

“Kami menjangkak­an pasukan Sepanyol yang berbeza dengan skuad yang kami temui pada Euro. Mereka mempunyai motivasi baharu, mereka akan lebih tenang dan mengintai peluang untuk membalas dendam kekalahan pada Euro 2016.

“Kami perlu meningkat ke satu tahap berbanding cara kami bermain menentang Israel,” kata Bonucci.

Ditanya jika Sepanyol menjadi pilihan, dia berkata: “Sudah tentu ya. Jika kami mahu menepis ramalan kami perlu bermain seperti pada Euro, dengan kepantasan, komitmen dan klinikal di depan gol.”

Pemain tengah Barcelona dan Sepanyol, Sergio Busquets mengakui: “Di Euro kami melakukan beberapa kesilapan tapi kini masanya untuk membalas dendam. Kelayakan ke Piala Dunia menjadi pertaruhan di sini.”

Sepanyol dan Itali dijangka menepati ramalan dan me-

„ Bonucci gesa rakan tingkatkan tahap permainan hadapi Sepanyol

raih mata maksimum daripada baki perlawanan gelanggang sendiri dan lawan menentang Macedonia, Liechtenst­ein, Israel dan Albania.

Dengan hanya juara kumpulan layak secara automatik ke pusingan akhir di Russia, ia bermakna pertembung­an antara Itali dan Sepanyol amat penting dan istimewa.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia