Harian Metro

Chile tak boleh cicir mata lagi

-

Montevideo: Chile berdepan tugas getir awal pagi esok ketika mereka berusaha menghidupk­an semula peluang pada kempen kelayakan Piala Dunia 2018 di gelanggang yang mana mereka tidak pernah menang.

Selepas lapan pusingan pada kempen kelayakan Amerika Selatan, juara Copa America dua kali Chile sekadar menghuni tangga ketujuh, dua mata di belakang Ecuador.

Kegagalan skuad bintang Chile mengunggul­i lawan mereka satu daripada kejutan terbesar kelayakan zon itu setakat ini.

Dengan kejuaraan Copa America berturut-turut pada 2015 dan 2016, Chile menjadi kuasa dominan dalam kancah bola sepak Amerika Selatan akhir-akhir ini.

Namun, sekalipun mampu memanggil pemain bintang seperti Alexis Sanchez, Arturo Vidal dan Claudio Bravo, Chile gagal mengulangi kehebatan mereka.

Bulan lalu mereka kecundang 1-2 kepada Paraguay di Asuncion dan kemudian seri 0-0 dengan pasukan lemah Bolivia di laman sendiri di Santiago.

Ketika masih ada banyak masa buat Chile untuk mengubah nasib, mereka tidak boleh kehilangan mata lagi dalam apa yang dilihat saingan sengit merebut tempat.

Jurulatih Chile, Juan Antonio Pizzi memanggil semula perancang utama Jorge Valdivia selepas 10 bulan diketepika­n manakala Bravo, Sanchez dan Vidal dijangka turun di Estadio Olimpico Atahualpa di Quito, kira-kira 2,700 meter di atas paras laut.

Chile, seperti kebanyakan pelawat ke stadium itu, sering kali bergelut dan setakat ini tidak pernah memenangi perlawanan kompetitif di arena itu.

Ecuador pula mahu mengembali­kan semula sentuhan kemenangan mereka. Selepas memulakan kelayakan dengan empat kemenangan berturut-turut, Ecuador hanya meraih satu mata daripada empat aksi terakhir mereka. - AFP

 ?? Jorge Fossati ?? FOSSATI yakin anak buahnya mampu kejutkan Korea Selatan. VIDAL belum pamer taring.
PEMAIN Chile gigih menjalani latihan.
Ia mungkin amat sukar tapi
saya optimis
Jorge Fossati FOSSATI yakin anak buahnya mampu kejutkan Korea Selatan. VIDAL belum pamer taring. PEMAIN Chile gigih menjalani latihan. Ia mungkin amat sukar tapi saya optimis

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia