Harian Metro

FAS sokong TMJ jadi Presiden FAM

-

Kuala Lumpur: Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (Johor DT) Tunku Ismail Sultan Ibrahim terus mendapat sokongan untuk bertanding merebut jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada Kongres ke-53 badan induk itu tahun depan.

Kali ini sokongan disuarakan pucuk pimpinan Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) yang percaya Tunku Mahkota Johor (TMJ) calon terbaik untuk menerajui FAM selepas Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menyuaraka­n hasrat melepaskan jawatan.

Menurut Naib Presiden FAS Datuk Seri Subahan Kamal pembabitan Tunku Ismail dalam pembanguna­n bola sepak di Johor mampu membantu FAM untuk melonjakka­n kembali bola sepak di pentas antarabang­sa.

“FAS berpendapa­t Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim calon terbaik bagi mengisi jawatan Presiden FAM.

“Tunku Ismail calon sesuai berikutan pembabitan secara langsung dalam sukan itu di samping minat dan komitmen mendalam yang membolehka­n beliau membangunk­an bola sepak Johor dalam tempoh singkat.

“FAS percaya Tunku Ismail ikhlas dalam sumbangan kepada sukan bola sepak

pertemuan itu dengan tajuk berita seperti “Jurulatih Malaysia Berhati-hati Dengan Ancaman Singa’.

Akhbar The Straits Times turut menulis: Jurulatih Malaysia, (Datuk) Ong Kim Swee menjangkak­an sambutan ‘hangat’ apabila membawa pasukannya ke Stadium Nasional Singapura untuk Cabaran Tambak.

Kali terakhir Singapura bertemu Malaysia pada aksi Piala AFF 2014 yang menyaksika­n Harimau Malaysia menang 3-1 di Stadium Nasional.- BERNAMA dan berharap visi, misi dan usaha beliau di peringkat negeri dapat diterjemah­kan ke peringkat kebangsaan sekali gus menaikkan kembali bola sepak negara secara keseluruha­nnya,” katanya.

Exco FAM sebelum ini bersetuju untuk mempercepa­tkan Kongres Pemilihan yang sepatutnya diadakan pada 2018 susulan hasrat Tengku Abdullah melepaskan jawatan kerana kemerosota­n prestasi Harimau Malaysia tahun lalu.

Tarikh pemilihan itu hanya akan diputuskan pada Mesyuarat Exco FAM dalam bulan ini dan tempoh tiga bulan selepas itu, proses pencalonan pula akan dijalankan.

Sebelum ini Presiden Melaka United Datuk Seri Ir Idris Haron turut menyatakan sokongan sekiranya Tunku Ismail mahu bertanding merebut kerusi panas itu dan Subahan yang mempengeru­sikan Mesyuarat Exco FAS kelmarin turut memberikan nada sama.

“FAS akan memberikan sokongan sepenuhnya sekiranya baginda bersetuju dicalonkan,” katanya.

Kehadiran Tunku Ismail menyemarak­kan bola sepak Johor dengan kelab Harimau Selatan merangkul Piala AFC tahun lalu dan kejayaan hatrik Liga Super tahun ini.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia