Harian Metro

Tujuh zon hasilkan 98 gol dalam saingan LBR

-

Kuala Lumpur: Sepak mula Liga Bolasepak Rakyat (LBR) musim kedua rancak seluruh negara hujung minggu lalu, dengan 98 gol dijaringka­n menerusi saingan tujuh zon.

Dalam Zon Timur (Kelantan dan Terengganu), 20 gol dihasilkan dalam perlawanan membabitka­n 12 pasukan yang diwarnai kejutan, termasuk pasukan pilihan yang kecundang.

Zon Barat yang disertai pasukan dari Perak dan Pulau Pinang mengumpul 21 gol, diikuti saingan dalam Zon Borneo (Sarawak) yang mencetak 17 jaringan.

Sebanyak 109 pasukan bersaing di peringkat zon musim ini mengikut lapan zon.

Yang menarik musim kedua LBR menyediaka­n dua set jersi untuk setiap pasukan yang bertanding, dengan tema jersi mengikut zon.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia