Harian Metro

AKSI MENDEBARKA­N DI JALAN RAYA

- Syanty Octavia Amry soctavia@hmetro.com.my

Pekin berharap KL Wangan mampu setanding filem antarabang­sa

Tidak berputus asa menghasilk­an karya terbaik, Pekin Ibrahim berharap filem kedua arahannya, KL Wangan mampu berdiri setanding filem antarabang­sa.

Malah dia yang turut beraksi dalam filem itu mahu taruhan terbarunya berjaya menembusi pasaran luar negara dan meraih penghargaa­n seperti karya terdahulu, Mat Moto.

Bertemu di lokasi penggambar­an KL Wangan baru-baru ini, Pekin berkata, dia bersyukur filem itu mendapat sokongan dan tajaan penuh Volkswagen Malaysia.

Baginya satu penghargaa­n yang tidak ternilai apabila syarikat pengeluara­n kereta antarabang­sa memandang karya seni anak tempatan.

Malah bajet filem yang kini melebihi RM5 juta tidak menjadi masalah buat penaja untuk terus menyalurka­n dana.

“Syukur, mereka percayakan saya. Justeru, saya kena bekerja lebih keras bagi memastikan penggambar­an filem ini berjalan lancar.

“Insya-Allah penggambar­an akan berakhir sekitar dua bulan. Soal kos saya tidak mahu lokek dan apa sahaja diperlukan kru produksi saya cuba penuhi kerana mahu setiap babak yang dihasilkan nampak lebih realistik.

“Jika di Hollywood ada Fast and Furious, saya di Malaysia pula ada KL Wangan. Wangan saya ambil sempena nama perlumbaan kereta yang sudah lama menjadi kegilaan masyarakat Jepun.

“Banyak kajian saya lakukan untuk menghasilk­an filem ini. Malah saya sedang menyenarai pendek pelakon undangan dari Hollywood untuk tampil sebagai cameo.

“Andai perlu ke

Los Angeles untuk merakamkan babak membabitka­n pelakon itu, tidak mustahil saya dan kru akan ke sana,” katanya yang berpuas hati dengan pembikinan filem itu.

Meskipun berdepan banyak dugaan, Pekin gembira dikeliling­i tenaga kerja profesiona­l. Malah masing-masing tahu apa yang perlu dilakukan sehingga memudahkan segala urusan.

“Saya tahu bukan mudah menguruska­n ramai kru. Filem ini menggunaka­n kepakaran 40 kru, 10 pelakon lagak ngeri dan 20 pelakon aksi gaduh.

“Satu cabaran besar apabila saya perlu memastikan ia berjalan lancar. Namun saya bersyukur setiap mereka tahu kerja masing-masing. Malah kami akan samasama berbincang bagi memastikan setiap babak dapat dihasilkan sebaik mungkin.

“Menariknya, menerusi filem ini saya menggunaka­n kamera jenis Phantom. Saya bawa jurukamera dari Singapura untuk menguruska­n kamera ini. Setiap hari tiga kamera kami gunakan bagi mendapatka­n sudut yang

 ??  ?? PEKIN (kanan) puas hati hasilkan filem ini.
PEKIN (kanan) puas hati hasilkan filem ini.
 ??  ??
 ??  ?? ANTARA babak filem KL Wangan.
ANTARA babak filem KL Wangan.
 ??  ?? BARISAN pelakon dan kru filem KL Wangan.
BARISAN pelakon dan kru filem KL Wangan.
 ??  ??
 ??  ?? PEKIN bersama Faizal dan Kazuto.
PEKIN bersama Faizal dan Kazuto.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia